admirer

Thursday, December 9, 2010

terasa lemah dalam perjuangan??

"Akhi*, dulu ana* merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah* makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah* pula yang aneh dan pelik!"
Begitu keluh kesah seorang mad'u* kepada murabbi*nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta* lakukan setelah merasakan semua itu?"Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.
"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti*; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

  "Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Wednesday, December 8, 2010

setelah engkau aku tinggalkan

salam..

entri kali ni hanya nk kongsi perasaan gembira setelah bertahun lamanya aku meninggalkan kebolehanku menunggang motosikal..wuhuu~

yeah2~ senang kacang je naik motor nihh!! (tp aku masih tak berani bwk lebih 40km/j)

tp bila dikenangkan zaman silam...
masa umur 13 tahun lagi aku dh bawak motor..siap bawak adik2 pergi sekolah...
aku pernah jatuh masa umur 16thn tak silap..disebabkan mulut orang, aku jadi tak berani bwk motor lagi...(seorg yg rendah self esteem dulu)

tak sabar rasanya nk sambung wat lesen~ :DD

Tuesday, December 7, 2010

siapa anda pada pandangan orang lain.


Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.


Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.


Lalu bertanya lagi,


“Siapa yang masih mahu duit ini?”


Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.


Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. 

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. 

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


sumber: emel

Tuesday, November 30, 2010

kehebatan yakin dan doa

smalam aq tertarik ngn post sahabat lama aq. sahabat ketika aq mnuntut di sebuah skolah di utara tanah air..
die menulis 'yakin dan percaya... ada perbezaan??'..
benda nie mbuatkan hatiku utk bceloteh n bkongsi cerita ngn korang suma..
hmmm,bg aq benda nie mmg ada perbezaan..
x beriman laa kite klu kite x yakin dan percaya dgn ALLAH SWT..
tp bagaimana pula klu kite percaya tetapi kite tidak yakin???
dan bagaimana pula klu kite yakin tapi tidak percaya??



semua ini merupakan persoalan yg harus dititik beratkan kerana scara tidak langsung ia berkait rapat dgan pegangan dan kpercayaan kite terhadap ALLAH SWT dan RASULNYA..
sbagai manusia biasa dan hambaNYA, kite haruslah yakin dan percaya kpada ALLAH dan RASULNYA tanpa rasa sebarang kmusykilan dan was2 kerana was2 itu adalah bisikan syaitan utk mgoyahkan iman kite kpadaNYA..
hmmm,pada pndapat aq (klu gune 'sya' lg sedap) yakin adalah perasaan percayaan akan sesuatu itu yg lahir di dalam hati tanpa ragu2 dan was2..
manakala percaya adalah perasaan yg nyatakan akan kebenaran dari segi hak dan batil nya terhadap sesuatu..


konsep yakin dan percaya ini haruslah di satukan didalam khidupan kite untuk mgukuhkan lg keimanan kite kpd ALLAH SWT..


hmmm,ok laaa.. cukuplaaa mukadimahnya.. nati klu panjang2 korang x larat nak baca plak.. huhu..
skang sya nak bkongsi cerita dgan korang suma..
cite tentang 'seorang anak,keyakinan dan doa'...
cite ni sya penah terbaca ketika di asrama di kedah dulu..
n saya rasa mgkin kamu2 juga penah mbaca n mdengarnya..
tp biarlah sya mceritakannya lg skali agar ia mjadi tazkirah kpda diri sya dan anda semua.. insyaAllah..



Kisah ni berlaku pada masa dahulu..
terdapat sepasang suami isteri yg hidup bahagia dan dikurniakan seorang anak yang comey dan baik budi pekertinya...

Pada suatu hari, si anak ini lapar dan haus slepas bermain bersama rakan-rakannya yang lain..
Dia pulang kerumah untuk mgisi perutnya yang lapar dan mbasahi tekaknya dgan air yang lazat. Dia memasuki rumah dan datang mghampiri ayah dan ibunya yg sedang berehat2 di dalam rumah itu.
Dia menyatakan kpada ayahnya bahawa dia kehausan dan kelaparan.. kemudian,ayahnya berkata sebenarnya mereka tidak mpunyai sbarang makanan dan minuman utk anaknya itu. tetapi pada hakikatnya, mereka mpunyai sbiji roti dan secawan manisan untuk anak kesayangan mereka itu..

Kemudian si ayah berkata kepada anaknya,"Wahai anakku.. Jikalau kamu lapar dan kehausan,pergilah ke jendela dan tadahlah kedua-dua tapak tanganmu ke langit dan berdoalah dengan penuh keyakinan dan kepercayaan kpada ALLAH supaya DIA mberi kamu makanan dan minuman kpada kamu".


Si anak menuruti kata ayahnya tadi dan segera ke jendela rumahnya manakala ayah dan ibunya sgera ke dapur. Si anak mnadah tangan dan berdoa dengan penuh keyakinan dan kekhusyukan. "Ya Allah, Ya Tuhanku.. hambamu ini didalam kelaparan dan kehausan.. oleh ini, kurniakanlah hambamu ini dgn sedikit makanan dan minuman".

Tanpa pengetahuan si anak tadi, si ibu telah mngambil sebiji roti bsertakan secawan manisan tadi dan terus mletakan makanan dan minuman itu diatas meja. kemudian si ibu berpura-pura mbasuh pinggan dan si ayah pula berpura-pura mbantu isterinya itu.. Selepas si anak berdoa di jendela, dia pergi ke dapur dan melihat di atas meja.. diatas meja itu terdapat sbiji roti da secawan manisan.. si anak amat terkejut dan dia amat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya dan mberinya makanan dan minuman..

si ayah dan si ibu gembira melihat anaknya.. si ayah berkata,'' Anakku, Allah telah mdengar doamu kerana kamu yakin dan percaya kpadaNYA.. dan kamu telah berdoa dgan penuh keyakinan''. Si anak ngucapkan Alhamdulillah diatas rezeki yg dikurniakan Allah dan dia segera mghabiskan sebiji roti dan segelas manisan itu..


Pada suatu hari, si ayah dan si ibu mempunyai kerja di bandar.. mereka terpaksa meninggalkan anaknya itu berseorangan di rumah... si anak hanya melihat ibubapanya pergi ke bandar dgan mnaiki kuda dari jendela rumahnya.. kemudian si anak keluar dan bermain-main bsama kanak-kanak yang lain di laman rumahnya..

matahari kian membara dan terpacak di atas kepala.. si anak berhenti bermain bersama-sama rakan-rakannya dan masuk ke rumah untuk mnunggu ibu dan ayahnya pulang.. tetapi, ibu dan ayahnya masih tidak pulang.. "Ya Allah, lapar dan hausnya tekak aku",kata si anak didalam hati.. si anak pergi ke dapur dan melihat tiada satu pun makanan dan minuman di atas meja.. rupa-rupanya, si ibu dan si ayah terlupa untuk myediakan makanan dan minuman untuk si anak.. Tiba-tiba, si anak teringat akan peristiwa yg lepas.. si anak pergi ke jendela dan menadah tangan dan seraya berdoa kpada Allah dgan penuh keyakinan," Ya Allah, hambamu ini kehausan dan klaparan.. oleh itu, kurniakanlah rezki kpada hambamu ini.. amin"


Dengan kuasa Allah yg MAHA Mendengar dan MAHA Pengasihani, Allah telah myediakan sebiji roti dan scawan manisan untuk si anak.. selepas brdoa di jendela si anak pergi kedapur dan ternampak ada disediakan sebiji roti dan secawan manisan di atas meja.. "Alhamdulillah, Allah telah mmakbulkan doaku''. kata si anak dgan gembira..


tidak lama slepas itu, si ibu dan si ayah sampai ke rumah dan bergegas ke dapur untuk myediakan makanan untuk anaknya.. Alangkah terkejutnya apabila mereka melihat anaknya itu sedang mjamah sbiji roti besertakan dgan scawan manisan.... si ayah bertanya dari manakah si anak itu mdapat roti dan manisan, kmudian, si anak bkata," Allah telah mmakbulkan doa saya"...
si ibu dan si ayah hanya terdiam..


hmmmm,macam tu laa citenyer.... arap cite nie dpt jd iktibar n tazkirah kpda kite...
so, konklusinya yakinlah klu kite bdoa kpd Allah...
n nak kongsi gak:

tips untuk berdoa
yakinlah kpada Allah apabila kite berdoa. Hanya DIA tempat kite bgantung..
memuji Allah semasa berdoa.
bersalawat keatas NABI SAW di mula dan akhir doa.
mghadap kiblat.
suci dari hadas
bdoa waktu yg afdal( rase2nyer korang dah tau kot bile waktunya, contoh, time bila hujan nak turun, lepas solat, antara 2 khutbah solat jumaat DLL)
cuba menangis ketika berdoa.. (setitik air mata pun boleh mghalang kite daripada mmasuki NERAKA ALLAH)

sumber: zulfahmi,fb

Thursday, November 11, 2010

Malaysia sbgai negara Islam??? buktinya?TIADA!!!

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular:



(i) Bukti Normatif:



Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan



“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.



Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim.



(ii) Bukti Empirik:



Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan.



(iii) Bukti Historis:



Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

sumber:fb

Tuesday, September 21, 2010

demam raya~

kisah raya ku~

huhu..takde ape yg begitu menarik ttg raye ku..spt tahun lepas, raya ku disambut dengan kedatangan demam panas yang melampau sampai terpakse bertong- tong 100plus aku minum..huhu..

tambahan lebih menyedihkan, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, kuih- kuih raya tidak mampu ku jamah pada hari pertama raya dan kedua. memang muntah habisan.

cuma pada raya ketiga dan keempat aku mampu utk makan tapi malangnya mana ada stok ketupat lemang yang tinggal..huhu..ketupat tu aku anyam woo!

demam oh demam..malas nk citer pasal demam..dah lali aku dengan demam ni..kat UPM ni je..start muka masuk dh demam..diikuti setiap 2 minggu aku demam..sampai sekarang..smpaikan mind set aku, aku demam setiap 2 minggu selama seminggu..ubat- ubatan..aisehh..malas nk citer,malas dh aku nak makan jgk..smpaikan panadol tu dah immune dgn badan aku..wahaha..tak berkesan sggh..

jadi aku berazam..kalau aku mula sakit, aku berazam utk terus ke klinik..yeahh!

sbb2 aku tak suke gi pusat kesihatan (PK)
-lama dok menunggu
-bila doktor tahu aku dh demam 2-3 hari msti kne bebel knpe tak dtg awl..(igt aku byk mase free ape??)
-semua org yg menunggu muka sakit..tensen aku tgk..
-macam2 ubat-ubatan aku dapat..

demam itu kifarah dosa..hmm..Allah sayang aku..mgkin inilah cara Dia uji aku...huhu...jgn mengeluh Hasanah..

pengajaran yg aku dpt masa demam

Allah..panasnya..panas sgt..andai ini baru panas demam dunia, apakah termampu utk aku bayangkan panasnya mentari di padang masyhar..apakah termampu utk aku terus bertahan di nerakaMu yg luas..huhuhu..
astagfirullahalazim...

Friday, September 17, 2010

puasa 6 di bulan syawal

Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]



Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.


Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]


Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.


Pendapat Pertama membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayai Rasulullah” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yangbernama Yahya bin Sa‘id.]


Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.


Pendapat Kedua tidak membolehkannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”


Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini ditambah dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih disegerakan dari amal yang sunat.



Ada pun dalil yang digunakan oleh pendapat pertama, ia hanya satu andaian. Mereka hanya membuat andaian bahawa Aisyah telah berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Yang benar Aisyah tidak menerangkan sedemikian. Bahkan jika diperhatikan dengan cermat keterangan Aisyah, terdapat isyarat bahawa beliau juga tidak berpuasa sunat enam Syawal. Ini kerana jika beliau sentiasa sibuk melayani Rasulullah sehingga ke bulan Sya’ban, bererti beliau sememangnya tidak sempat untuk berpuasa tanpa mengira sama ada ia puasa wajib (mengqadha puasa Ramadhan) mahu pun puasa sunat (enam Syawal).


Di sini mungkin ada yang bertanya: “Ehh! Takkanlah isteri Rasulullah tak puasa sunat enam Syawal?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa umat Islam generasi awal, termasuklah Aisyah, tidak memahami Islam dalam bentuk juzuk-juzuk kecil sebagaimana yang difahami oleh umat Islam masa kini. Mereka memahami Islam dalam konteks yang luas lagi jauh ke hadapan. Bagi mereka, amal yang memberi manfaat kepada orang ramai diunggulkan di atas amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Amal yang besar manfaatnya diunggulkan di atas amal yang sederhana manfaatnya. Amal yang memiliki manfaat jangka panjang diunggulkan di atas amal yang memiliki manfaat jangka pendek.


Justeru jika Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal, ia bukanlah satu kekurangan. Ini kerana memberi tumpuan melayani Rasulullah s.a.w. memiliki manfaat yang besar untuk umat Islam seluruhnya untuk jangka masa yang panjang.





Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.


Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:


“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].


Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.


Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.”


maksudnya puasa sunat 6 di bulan syawal takboleh digabungkan dengan puasa qada'..ohh..bru tau..

selamat hari raya ;D

Salam aidilfitri buat semua muslim di dunia ini..Moga Ramadhan lepas banyak mentarbiyah diri kita menjadi insan yang lebih baik. Tahniah dn selamat kembali kita kepada fitrah. Moga amalan kita di bulan Ramadhan lepas turut kita teruskan dengan istiqamah.

Dengan kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kepada pembaca2 sekalian andai coretan saya selama ini ada mengguris mana2 pihak secara tanpa disedari. Maaf juga kerana lama rasanya tidak diupdate blog ini..Maaf atas kekangan masa.

Terima kasih juga kerana masih sudi melawat walaupun tiada update..hihi..jgn lupe puasa enam di bulan syawal..salam aidilfitri maaf zahir dan batin..

Monday, June 28, 2010

cara musuh menyerang kita!

Kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas...

perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca...

...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. ..

Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,

"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka sebutlah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..

Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. ..

Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.. .

" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.

..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,

tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran).. .

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Wallahu'alam

Thursday, June 24, 2010

palestine? islam? kita?

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.


“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Sumber artikel : http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/
Tulisan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi


terima kasih kpd sesipa yg mengepost mesej berguna ini pada inbox fb ku.Ayuhlah umat islam! bangkit! bukalah mata! hidup ini adalah perjuangan dlm menegakkn kebenaran! menegakkan islam! Allahuakhbar!

Friday, June 18, 2010

see you di IPTA hehe..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allahuakhbar! SubhanaAllah!

Debaran hati berkocak kuat taktala jari-jemari ligat mencuba masuk ke dalam link semakan UPU online.
Afifah turut merasai debaranku. Akhirnya berjaya masuk. Aku segara mengisi ruangan kad pengenalan dan nombor matrik.

Loading...........

dupdapdupdapdupdap..
satu-satunya keputusan yang mengubah langkah ku selepas ini. Jika sebelum ini debaran kuat saat keluar keputusan peperiksaan, kali ini,bagi aku lebih penting!

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:


Akuu terjerit kecil.terlompat tinggi. Ya Allah! air mata merembes keluar. "tahniah nana,tahniah!," kata Afifah.

Terus aku berlari masuk bilik.menyujud syukur pada Dia pemberi nikmat, pada Dia yang selama ini mendengar rintihan hati, pada Dia yang selama ini sentiasa ku rasakan disisi. Dialah yang pertama-tama aku mahu berkongsi kegembiraan.

Bertahun rasanya,aku menunggu berita gembira tentang masa depanku. keputusan peperiksaan matrik yang agak tidak memberangsangkan membuatkan hati kebal menerima apa jua yang datang selepas ini. Sama ada dilelong, memasuki universiti swasta, ataupun terus bekerja. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memasuki universiti awam dalam bidang yang aku minati. Ya Allah,nikmatnya..
Moga aku tidak terus terleka dengan nikmatMu ini malah aku harap dengan nikmatMu inilah aku bangkit untuk memperjuangkan agamaMu.

berdoalah dan bersangka baiklah dengan Allah...


Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik utkku. Kemana pun Engkau letakkan aku di pengajian tinggi nanti, kemana pun arah tuju ku wlpn bukan di pengajian tinggi, aku redha ya Allah. Engkau lebih mengenali diri ini daripada aku sendiri mengenali diri ini. kerana Engkaulah yang menciptakan aku.tiada Tuhan selainMu.Tabahkanlah hatiku dalam menerima ujianMu.

Thursday, June 17, 2010

ikan dipancing, pancing di kolam ikan,ikan takdapat,demam pula!

haiya..tiada 'ong' la..

haha..tak pe..first time nih..wuhuu..bangga woo..masuk juga aku ke kolam ikan. berbekalkan cengkerik, udang sebagai umpan hasilnya amat mengecewakan. tak cukup dengan tu,aku korbankan roti hotdog yang diberi pihak penganjur sebagai umpan namun...........T__T dijamah je oleh ikan tu..haha..bangga gak umpan aku ikan makan tapi mgkin aku kot yang tak reti nak tarik pancing tu..melepas~

bersama-sama aku ialah keluarga cik abid terdiri daripada enam anaknya afifah,yukabid,jahidah,lokman,utbah,dan 'aim (fifah,aku takreti eja nama adik2 ko ni..halal eh) dan aku ditemani oleh adikku ayuni. bergerak dari rumah cik abid pukul 8 lebih tibalah kami di rantau sinaran cafe.

pertandingan memancing ini dianjurkan oleh Nisa' (lagi-lagi Nisa').pada awalnya, hanya muslimat jela yang layak bertanding.namun disebabkan kekurangan peserta daripada muslimat (yela,manalah nk jmpe sgt perempuan memancing) jadi pertandingan ini dibuka kepada peserta lelaki. jadi,pesaing kamii terdiri daripada bukan sahaja wanita malah lelaki (hero-hero tak cutila..hehe..buat yg berkenaan).

10 minit berlalu,pesaing disebelah kami berjaya membuat tangkapan pertama sekaligus memenangi award tangkapan terpantas..huhu..wanita..hebat2..selepas 15 minit,dia lagi dapat ikan..purata lps 15 minit dia je asyik dapat ikan..huhu...kami hanya mampu melihat dgn linangan air mata yang tertahan..


ternyata,pesaing di kedua2 belah kami memang bertuah,cuma kami jelah yang takberapa nak bertuah.takde rezeki makan ikan pncing arini..huhu..sampaikan aku dah pening-pening dah duk menunggu bagai bulan jatuh ke riba,seperti menunggu ikan terkena kail..huhu..

macam biasalah peserta lelaki mestilah hebat.malas nk sebut pasal mereka.yg muda bukan hensem pn..pak cik tua je..(-_____-"")

dah. aktiviti memancing yg sgt memenatkan dan sggh frustated diteruskan dgn aktiviti penyampaian hadiah dan cabutan bertuah..huhu,tahniah yukabid,anda jelah bertuah diantara kami..sekurang-kurangnya,tak la frust sgt..

badan aku sgt letih dan demam ku menjengah kembali....

ohhh!! lupa nak bagitau,takpela,tangkap ikan tak dapat,tapi tangkap gambar dapat..wahahaha...kalau ade award pemancing paling poyo tapi tak dapat apa2,aku dengan afifah layak kot jadi pemenang..wahaha..

Wednesday, June 16, 2010

kisah mnjadi fasi utk klinik solat

Bagi mengisi masa lapang daripada terus memperkasakan ladang ternakan lemakku,aku setuju utk menolong cikgu Zainal utk menjadi fasi (wakil dari Nisa') bagi kanak- kanak 7 hingga 13 tahun pada cuti sekolah minggu lepas.(7 hingga 11 jun 2010)


Berbekalkan ilmu yang tak seberapa, (insyaAllah aku dh mahir bab-bab solat ni) aku pn memulakan tugas menjadi fasi kepada kanak-kanak ini.pada hari pertama,alhamdulillah penyertaan amat membanggakan jika dibandingkan promosi yang kurang menyerlah daripada pihak masjid.ohh ye,terlupa pula..klinik solat ini dianjurkan oleh pemuda dan remaja Masjid Muttaqin Kg Sg Udang Klang. Kanak- kanak ini dibahagikan kumpulan mengikut kebolehan mereka membaca surah al-fatihah, kump A lancar, B boleh hafal, C takboleh baca langsung.

Pada mulanya aku ditugaskan menjadi fasi untuk kanak-kanak lelaki grup B memandangkan waktu itu kekurangan fasi lelaki. Aku pun menerangkan betapa senangnya solat ni dan 5 syarat wajib ini kalau dah boleh baca dengan lancar,insyaAllah sah solat kita.ye, akak-akak,abang-abang diluar sana.tahu tak apa syarat wajibnya??

1-Takbir
2-Membaca surah Al-Fatihah
3-Tahiyat
4-Selawat
5-Salam

Dan yang lain-lainnya seperti bacaan ketika rukuk,bacaan sujud,bacaan duduk dn seterusnya adalah sunat. Namun,jangan salah sangka.solat kita bukan terdiri daripada 5 ni je,tapi perbuatan yang lain adalah rukun tapi bacaan yang 5 ni je wajib lancar.tau kan solat ada berapa rukun?? 13 ye akak-akak,abang-abang sekalian..hehe

Pada hari yang kedua, penyertaan peserta bertambah hampir 30 orang.huhu..nasib baik fasi laki dah mencukupi.Jadi,kumpulan aku pn bertukar.huhu..aku bawa kumpulan kanak-kanak perempuan. (secara taksedar aku sukakan kanak-kanak lelaki drp kanak-kanak perempuan.entah.taktau knpa) huhu,dan disinilah cabaran ku bermula.Salah seorang murid aku sesat,memang takbole baca Al-Fatihah!! yang lain sederhana dan ok.

Bila ditanya pada kanak-kanak itu kebanyakkannya bersekolah agama dan tahu mengenai solat cuma malas solat je..adoyaii..kecik-kecik takbole malas nanti melarat sampai besar..seterusnya,aku pn memperkasakan 5 syarat wajib mereka pada hari kedua tapi kumpulan kanak-kanak perempuan.dan aku sgt cuak bila bdk 7 tahun tu takbole baca Al-Fatihah.aku terpaksalah ajar dia mengaji alif ba ta...(huhu,nasib baik kerja sambilan aku mengajar budak mengaji di rumah.jadi tahulah jugak nak ajar budak mengaji..)


Hari ketiga, hari ni aku rasa cuak sangat,sbb aku rasa macam grup aku pling banyak ketinggalan.yela,orang lain tak tukar grup..jadi,mereka dah hebat dan saling kenal rapat. bila dah pasti kanak-kanak kumpulan aku dah boleh bawa 5 syarat wajib tu, jadi aku pn beralih ajar mereka perkara sunat dan rukun solat yang lain beserta pergerakan.apa yang menariknya klinik solat ni,setiap hari 20 minit sebelum balik,mereka akan diajar secara amali dengan melakukan solat sunat dhuha..huhu,bguskan..kecik-kecik dah belajar solat sunat dhuha. pada waktu ni la mereka diajar dan dipantau cara berwuduk oleh aku.dan waktu ni la macam-macam kerenah budak-budak ni.temankan gi tandaslah,pakaikan telekunglah,ikatkan kainlah..wahaha..seronoknya!

Hari keempat bermula pertandingan.kanak-kanak grup aku diberi tugasan membentangkan niat solat fardu.Alhamdulillah,bdk yang tak reti Al-Fatihah tu dah boleh baca sikit-sikit.cuma dia agak ketinggalan benda-benda lain.Yela,membaca arab dia tak reti.terpaksalah mengunakan kaedah hafalan.bertuahnya,grup aku tak wat persembahan hari tu..yeahh! ada banyak masa lagi nak siap sedia!

Dah.malas nak cerita lagi,yang pasti endingnya grup aku tak menang pn.Tapi semua orang pn dapat hadiah termasuk fasi juga dapat elaun yg sgt tak disangka-sangka!huhu..

p/s : aku terasa bakat keibuan aku terselah bila budak tudung pink pekat tu asyik nangis.budak kecik yang suka wat peace tu asyik nk peluk aku dan budak pakai cermin mata pula asyik cari gaduh.huhu..pengalaman..pengalaman...


Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku.Sesungguhnya apa yang aku lakukan di dunia hanya untukMu..

Sunday, June 13, 2010

Engkau sudah cukup..

Mawaddah- Cinta-mencintai





Ya Allah
Engkau kenalkan
Bahawa Engkau adalah Tuhan
Aku bangga
Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku
Aku sembah Engkau selalu
Tak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu
Ya Allah
Aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redha ku selain Mu
Aku harap Engkau juga redha dengan ku
Redha meredhailah kita berdua hingga bertemu
Ya Allah
Aku berlindung dengan Engkau
Daripada bertuhankan selain Mu
Engkau sudah cukup
Bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia
Jangan Engkau jadikn aku
memiliki selainMu
jangan Engkau jadikan aku
memiliki selainMu
Tuhan....
Kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintai Mu
Tapi tidak benci
Walaupun begitu
Jangan pula Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Sunday, June 6, 2010

Syair rintihan hati

Rintihan hati-KISAS


click green button to play,pause maher zain first

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.


sayunya hatiku saat mendengar syair rintihan kalbu ini. hati terpaut saat saudara iqbal meng-post serangkap liriknya di status fb..bergenang air mata apabila menghayati nasihat-nasihat yg terkandung dalam syair ini.sedarkah diri kita bahawa matlamat hidup kita adalah sebagai 'abdi kepada Allahu Rabbi yang diberi peluang untuk hidup di bumi indah..

wahai sahabat,teruskanlah perjuangan,perjuangan menegakkan keadilan..usahlah gentar akan musuh dan janganlah berpatah hati dalam perjuangan kerana syurga menanti sebagai balasan Tuhan..
penuhi hati-hatimu dengan iman dan ilmu, sebagai bekalan dalam perjuangan..tetapkan diri dan hati,sebagai pejuang Islam..Allahuakhbar!

Saturday, June 5, 2010

sajak: doa orang berdosa

Doa Orang Berdosa
(ketika malam kelam)

Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar
hambaMu ingin berbicara
dengan suara paling halus
kerana malu mengakui dosa

Wahai Tuhan yang menyempitkan
kehidupan ahli fasik
hambaMu tak mampu
menahan seksa terhimpit
di lembah kehinaan ini

Wahai Tuhan Yang Maha Melihat
ketika malam gelap gelita
hambaMu memohon keampunan
atas dosa terlihat olehMu
ketika terangnya siang atau tiada cahaya

Wahai Tuhan yang tak pernah menzalimi semua ciptaan
hambaMu sujud insaf
setelah dihancurkan hidup
dengan balasan derita
natijah kealpaan dan keangkuhan

Wahai Tuhan yang menunjukkan
jalan lurus kepada orang yang terpilih
tunjukkan aku jalan itu
untukku jejaki langkah mereka

Wahai Tuhan yang memberi
kemudahan selepas kesulitan
bantulah aku mengenaliMu
agar hatiku terpaut
pada kasihMu



karya
Mohd Fahmi
Bangsar,KL

millenia muslim
jun 2010

Tuesday, June 1, 2010

tokoh: Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.



Rintihan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang apat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

copy from http://nursyirah.wordpress.com


aku inginkan keteguhan iman sepertinya...kesetian cinta pada Yang Esa...

aku hambaMu yang hina..mampukah aku...


Monday, May 31, 2010

pengajaran dari kisah kerajaan semut

Kisah Kerajaan Semut


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.



Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

copy from http://www.iluvislam.com/

aku terfikir, adakah di pengadilan nanti adakah kita masih dipersalahkan jika kita memilih salah pemimpin sedangkan pemimpin itulah yang menyembunyikan kebenaran tentang negara yang diperintahnya? sedangkan media- media massa juga dikerah untuk menyampaikan berita palsu bagi menutup kebenaran, memuja memuji pihak kerajaan, menghentam melulu pihak pembangkang tanpa memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk berhadapan secara menggunakan media massa dengan rakyat.

Ya,kita tetap akan dipersalahkan..

ini semua tidak menjadi alasan utk kita terus terkongkong dengan segala penipuan pemimpin kita.kita mempunyai akal sihat mampu membezakan yang hak dn kebatilan.byk lagi cara lain untuk kita keluar dari pembohongan ini. dn apa yang penting adalah diri kita sendiri yang mahu atau tidak mahu percaya atau mengambil peduli tentang apa yang berlaku di negara kita.

ayuhlah sahabat sekalian,
bukalah mata, bukalah hati dn bukalah minda anda.apakah kita masih mahu melihat kehancuran yang berlaku di negara kita oleh pemimpin yang telah memungkiri amanah mereka?lihat sahaja jenayah sosial di negara kita, rasuah, buang bayi, rompakan, ragut, pembunuhan bersepah-sepah,berdesing- desing di telinga kita. jangan kita terlalu percaya dan terlalu memihak kepada satu pihak sahaja. bukalah mata lihatlah kebenaran...wajib bagi kita memilih pimpinan yang sebaiknya kerana kita jugalah yg akan dipersalahkan di pengadilan nanti..

wallahualam...

Wednesday, May 26, 2010

pakatan membunuh orang!

Percaya atau tak, sebenarnye kucing kesayangan anda terlibat dalam satu konspirasi untuk membunuh anda. mereka pun tak dapat tolong anda, sebab tu memang dah jadi tabiat mereka. Tak percaya? Cuba tengok tanda-tanda ni…. kalau kucing kesayangan anda ada sikap-sikap macam ni, baik anda hati-hati..huhu