admirer

Saturday, June 18, 2022

Starring je ni

 Assalamualaikum,


Haha, tak pastilah ada lagi ke orang yang baca blog zaman TikTok ni.. Orang sekarang dah tak sempat nak baca-baca agaknya, lebih prefer tengok video pendek-pendek macam di TikTok tu..


Tak apa, letak tepi sahaja soal itu.. Tak orang nak baca pun ok saje, sendirilah baca kan :D Boleh jadi, ini adalah medium penghubung antara zaman kini ku dan zaman silam ku.. lihatlah betapa jauhnya sekarang dah berubah!


Seronok sebenarnya zaman berblog dulu-dulu kala.. Bebas nak tulis pandangan sendiri. Cuba tulis di content FB, mau asyik kena kecam.. mudah sangat bila tak sependapat tu, rajin tangan nak tulis pendapat dia pula.. Habis tu, saling berbalas lagi.. Bila nak habis kan?


Walaupun skil menulis agak berkarat, tapi takpa.. saya cuba sikit-sikit.. Doakan..



Nak menulis semula..

Wah.. macam times lapse pula kan!


Posting terakhir tahun 2013, tiba-tiba tahun 2022 muncul pula posting baru..

Sengaja,

Sengaja nak menulis semula...

Entah, seronok juga bila baca balik tulisan- tulisan lama, dan kita banding diri kita sekarang..

Wah, teralu banyak yang berubah... zaman berubah! 

website blogger ni memang orang dah tak gunalah zaman sekarang..


terlalu banyak rasanya nak kongsikan...

terlalu banyak isi hati nak diluahkan...

terlalu banyak cerita pengalaman hidup yang boleh kita sama-sama ambil manfaatnya...

Harap nak mula menulis semula di blog ini...

Harap tiada yang kecam..


-Hasanah, kini mak anak 3-