admirer

Monday, May 4, 2009

kegembiraan dn kesedihan ku.

Kak ijah ajak aku utk tolong dia jadi AJK pendaftaran utk majlis sabtu hari tu terutamanya mmg dia mencari ahli kelab remaja intan islam.memandangkan memang aku sentiasa free di rumah, jadi aku tidak menolaknya. nani juga diminta utk ditolong.setelah habis program kami pada hari itu, aku menanyakan tentang program apa pula esoknya ni..rupanya ada Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.dalam hati menangis-nangis rasanya.aiyo..napela aku terima.sbb aku tahu,aku akan berjmpa dgn ramai kwn-kwn lama yg cemerlang keputusan mereka.dan kehadiran aku pula hanyalah sebagai penyambut kedatangan mereka dan tukang tengok mereka ambil hadiah memandangkan keputusan aku tak cukup A utk melayakkan aku bersama-sama menyertai mereka.tak mengapalah..

namun kehadiran aku pada hari itu sgt-sgt tidak merugikan.aku ketemu ramai kwn-kwn sekelas masa darjah 6.mereka yg lelakinya kelihatan berbeza sekali!ada juga yg lupa nama aku.hehe..disebabkan aku yang mendaftarkan kehadiran mereka,nak tak nak kenalah jmpa muka aku jgk.hehe..shah sungguh ramah sekali tp..berbau rokok pula.aku sempat memerli "bkn ko dari sekolah agama ke??" "yela,aku hishamuddin.""takde gaya pn..dengan rambut pnjang ni.ish3" dia gelak-gelak je.masa darjah enam,shah seorang pengawas.malah aku juga jumpa dgn kwn-kwn di sekolah convent,tadika,dan sekolah agama.

paling tidak merugikan, kehadiran nik madihah pelajar cemerlang spm 2008.aku sgt kagum dgnnya.seolah,kami tidak sebaya.paras wajah,pemakaian,percakapan melambangkan dia seorang yg sgt matang dan solehah.gaya memberi nasihat kepada adik-adik dlm dewan ketika itu,sgt terkesan bagiku.mana tak nya,satu dewan tu dia pusing,berinteraksi dengan penonton.smpaikan aku yg berdiri dibelakang dewan pn bersemuka dgnnya (bangga2!!)tp,aku tahu dia tahu kehadiran ku sebagai AJK jd dia tak tanyalah pendapat aku.soalan cepumas tu, "adik couple tak?" aku pn tak sanggup nak jawab.diri ini rasa hina.kalaupun ditanya pada ku,tentu aku lari.

tinggalkan nik madihah,seterusnya, sesi penyampaian hadiah.masa ni, aku sibuk baca buku kecemerlangan nik madihah bagi menyembunyikan rasa cemburu di hati kecilku melihat rakan- rakan yang naik pentas.aku terlihat seorang kawan baikku dulu,ketika di tadika sehinggalah aku darjah enam.dia seorang pelajar cemerlang.10A.ibubapanya merupakan ustaz ustazah.anak tunggal.aku selalu tidur dirumahnya dan sebaliknya.kami dulu terlalu rapat.perpisahan kami sebagai sahabat apabila ayahnya seolah menghalang persahabatan kami kerana ketika itu keluargaku mengalami masalah keluarga yang sgt berat.ayahnya takut anaknya turut merasa derita aku waktu itu.naluri seorang bapa,biarlah aku berkorban.namun ketika itu aku tak faham.aku darjah 5!!owh,apa yg aku nk ceritakan sebenarnya..aku lihat mukanya sgt merah menahan malu.ibunya segera menariknya keluar dari dewan.mak aku pujuk mak dia.makcik-makcik lain semua pun pujuk mak dia.aku tak faham.ummi datang kepadaku.menceritakan apa yg terjadi.kehadirannya tidak ditanda.ibunya mengajuk kerana malu.anaknya telah menunggu lama giliran tapi tidak mendapat hadiah.MasyaAllah!!aku dilanda serba salah.sbb aku sedar itu tugas ku.dan aku telah lalai.serba salah.Ya Allah,ampunilah dosaku.aku tidak sengaja.aku tak berniat langsng utk memalukannya.mereka pulang tanpa membawa hadiah dan menghadiri jamuan.aku serba salah.takut.

makcik ana memujukku.memang,kami semua langsung tak sedar tentang kehadirannya tidak ditanda.walaupun berkali-kali diperiksa.

aku tak faham macam mana aku boleh tertinggal nama dia.aku harap mgkn ada hikmah disebalik kejadian ini.

patutkah aku telefon rumahnya dan memohon maaf? sesungguhnya aku sgt malu dgn kelalaian ku.