admirer

Monday, June 28, 2010

cara musuh menyerang kita!

Kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas...

perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca...

...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. ..

Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,

"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka sebutlah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..

Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. ..

Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.. .

" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.

..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,

tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran).. .

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Wallahu'alam

Thursday, June 24, 2010

palestine? islam? kita?

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.


“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Sumber artikel : http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/
Tulisan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi


terima kasih kpd sesipa yg mengepost mesej berguna ini pada inbox fb ku.Ayuhlah umat islam! bangkit! bukalah mata! hidup ini adalah perjuangan dlm menegakkn kebenaran! menegakkan islam! Allahuakhbar!

Friday, June 18, 2010

see you di IPTA hehe..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allahuakhbar! SubhanaAllah!

Debaran hati berkocak kuat taktala jari-jemari ligat mencuba masuk ke dalam link semakan UPU online.
Afifah turut merasai debaranku. Akhirnya berjaya masuk. Aku segara mengisi ruangan kad pengenalan dan nombor matrik.

Loading...........

dupdapdupdapdupdap..
satu-satunya keputusan yang mengubah langkah ku selepas ini. Jika sebelum ini debaran kuat saat keluar keputusan peperiksaan, kali ini,bagi aku lebih penting!

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:


Akuu terjerit kecil.terlompat tinggi. Ya Allah! air mata merembes keluar. "tahniah nana,tahniah!," kata Afifah.

Terus aku berlari masuk bilik.menyujud syukur pada Dia pemberi nikmat, pada Dia yang selama ini mendengar rintihan hati, pada Dia yang selama ini sentiasa ku rasakan disisi. Dialah yang pertama-tama aku mahu berkongsi kegembiraan.

Bertahun rasanya,aku menunggu berita gembira tentang masa depanku. keputusan peperiksaan matrik yang agak tidak memberangsangkan membuatkan hati kebal menerima apa jua yang datang selepas ini. Sama ada dilelong, memasuki universiti swasta, ataupun terus bekerja. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memasuki universiti awam dalam bidang yang aku minati. Ya Allah,nikmatnya..
Moga aku tidak terus terleka dengan nikmatMu ini malah aku harap dengan nikmatMu inilah aku bangkit untuk memperjuangkan agamaMu.

berdoalah dan bersangka baiklah dengan Allah...


Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik utkku. Kemana pun Engkau letakkan aku di pengajian tinggi nanti, kemana pun arah tuju ku wlpn bukan di pengajian tinggi, aku redha ya Allah. Engkau lebih mengenali diri ini daripada aku sendiri mengenali diri ini. kerana Engkaulah yang menciptakan aku.tiada Tuhan selainMu.Tabahkanlah hatiku dalam menerima ujianMu.

Thursday, June 17, 2010

ikan dipancing, pancing di kolam ikan,ikan takdapat,demam pula!

haiya..tiada 'ong' la..

haha..tak pe..first time nih..wuhuu..bangga woo..masuk juga aku ke kolam ikan. berbekalkan cengkerik, udang sebagai umpan hasilnya amat mengecewakan. tak cukup dengan tu,aku korbankan roti hotdog yang diberi pihak penganjur sebagai umpan namun...........T__T dijamah je oleh ikan tu..haha..bangga gak umpan aku ikan makan tapi mgkin aku kot yang tak reti nak tarik pancing tu..melepas~

bersama-sama aku ialah keluarga cik abid terdiri daripada enam anaknya afifah,yukabid,jahidah,lokman,utbah,dan 'aim (fifah,aku takreti eja nama adik2 ko ni..halal eh) dan aku ditemani oleh adikku ayuni. bergerak dari rumah cik abid pukul 8 lebih tibalah kami di rantau sinaran cafe.

pertandingan memancing ini dianjurkan oleh Nisa' (lagi-lagi Nisa').pada awalnya, hanya muslimat jela yang layak bertanding.namun disebabkan kekurangan peserta daripada muslimat (yela,manalah nk jmpe sgt perempuan memancing) jadi pertandingan ini dibuka kepada peserta lelaki. jadi,pesaing kamii terdiri daripada bukan sahaja wanita malah lelaki (hero-hero tak cutila..hehe..buat yg berkenaan).

10 minit berlalu,pesaing disebelah kami berjaya membuat tangkapan pertama sekaligus memenangi award tangkapan terpantas..huhu..wanita..hebat2..selepas 15 minit,dia lagi dapat ikan..purata lps 15 minit dia je asyik dapat ikan..huhu...kami hanya mampu melihat dgn linangan air mata yang tertahan..


ternyata,pesaing di kedua2 belah kami memang bertuah,cuma kami jelah yang takberapa nak bertuah.takde rezeki makan ikan pncing arini..huhu..sampaikan aku dah pening-pening dah duk menunggu bagai bulan jatuh ke riba,seperti menunggu ikan terkena kail..huhu..

macam biasalah peserta lelaki mestilah hebat.malas nk sebut pasal mereka.yg muda bukan hensem pn..pak cik tua je..(-_____-"")

dah. aktiviti memancing yg sgt memenatkan dan sggh frustated diteruskan dgn aktiviti penyampaian hadiah dan cabutan bertuah..huhu,tahniah yukabid,anda jelah bertuah diantara kami..sekurang-kurangnya,tak la frust sgt..

badan aku sgt letih dan demam ku menjengah kembali....

ohhh!! lupa nak bagitau,takpela,tangkap ikan tak dapat,tapi tangkap gambar dapat..wahahaha...kalau ade award pemancing paling poyo tapi tak dapat apa2,aku dengan afifah layak kot jadi pemenang..wahaha..

Wednesday, June 16, 2010

kisah mnjadi fasi utk klinik solat

Bagi mengisi masa lapang daripada terus memperkasakan ladang ternakan lemakku,aku setuju utk menolong cikgu Zainal utk menjadi fasi (wakil dari Nisa') bagi kanak- kanak 7 hingga 13 tahun pada cuti sekolah minggu lepas.(7 hingga 11 jun 2010)


Berbekalkan ilmu yang tak seberapa, (insyaAllah aku dh mahir bab-bab solat ni) aku pn memulakan tugas menjadi fasi kepada kanak-kanak ini.pada hari pertama,alhamdulillah penyertaan amat membanggakan jika dibandingkan promosi yang kurang menyerlah daripada pihak masjid.ohh ye,terlupa pula..klinik solat ini dianjurkan oleh pemuda dan remaja Masjid Muttaqin Kg Sg Udang Klang. Kanak- kanak ini dibahagikan kumpulan mengikut kebolehan mereka membaca surah al-fatihah, kump A lancar, B boleh hafal, C takboleh baca langsung.

Pada mulanya aku ditugaskan menjadi fasi untuk kanak-kanak lelaki grup B memandangkan waktu itu kekurangan fasi lelaki. Aku pun menerangkan betapa senangnya solat ni dan 5 syarat wajib ini kalau dah boleh baca dengan lancar,insyaAllah sah solat kita.ye, akak-akak,abang-abang diluar sana.tahu tak apa syarat wajibnya??

1-Takbir
2-Membaca surah Al-Fatihah
3-Tahiyat
4-Selawat
5-Salam

Dan yang lain-lainnya seperti bacaan ketika rukuk,bacaan sujud,bacaan duduk dn seterusnya adalah sunat. Namun,jangan salah sangka.solat kita bukan terdiri daripada 5 ni je,tapi perbuatan yang lain adalah rukun tapi bacaan yang 5 ni je wajib lancar.tau kan solat ada berapa rukun?? 13 ye akak-akak,abang-abang sekalian..hehe

Pada hari yang kedua, penyertaan peserta bertambah hampir 30 orang.huhu..nasib baik fasi laki dah mencukupi.Jadi,kumpulan aku pn bertukar.huhu..aku bawa kumpulan kanak-kanak perempuan. (secara taksedar aku sukakan kanak-kanak lelaki drp kanak-kanak perempuan.entah.taktau knpa) huhu,dan disinilah cabaran ku bermula.Salah seorang murid aku sesat,memang takbole baca Al-Fatihah!! yang lain sederhana dan ok.

Bila ditanya pada kanak-kanak itu kebanyakkannya bersekolah agama dan tahu mengenai solat cuma malas solat je..adoyaii..kecik-kecik takbole malas nanti melarat sampai besar..seterusnya,aku pn memperkasakan 5 syarat wajib mereka pada hari kedua tapi kumpulan kanak-kanak perempuan.dan aku sgt cuak bila bdk 7 tahun tu takbole baca Al-Fatihah.aku terpaksalah ajar dia mengaji alif ba ta...(huhu,nasib baik kerja sambilan aku mengajar budak mengaji di rumah.jadi tahulah jugak nak ajar budak mengaji..)


Hari ketiga, hari ni aku rasa cuak sangat,sbb aku rasa macam grup aku pling banyak ketinggalan.yela,orang lain tak tukar grup..jadi,mereka dah hebat dan saling kenal rapat. bila dah pasti kanak-kanak kumpulan aku dah boleh bawa 5 syarat wajib tu, jadi aku pn beralih ajar mereka perkara sunat dan rukun solat yang lain beserta pergerakan.apa yang menariknya klinik solat ni,setiap hari 20 minit sebelum balik,mereka akan diajar secara amali dengan melakukan solat sunat dhuha..huhu,bguskan..kecik-kecik dah belajar solat sunat dhuha. pada waktu ni la mereka diajar dan dipantau cara berwuduk oleh aku.dan waktu ni la macam-macam kerenah budak-budak ni.temankan gi tandaslah,pakaikan telekunglah,ikatkan kainlah..wahaha..seronoknya!

Hari keempat bermula pertandingan.kanak-kanak grup aku diberi tugasan membentangkan niat solat fardu.Alhamdulillah,bdk yang tak reti Al-Fatihah tu dah boleh baca sikit-sikit.cuma dia agak ketinggalan benda-benda lain.Yela,membaca arab dia tak reti.terpaksalah mengunakan kaedah hafalan.bertuahnya,grup aku tak wat persembahan hari tu..yeahh! ada banyak masa lagi nak siap sedia!

Dah.malas nak cerita lagi,yang pasti endingnya grup aku tak menang pn.Tapi semua orang pn dapat hadiah termasuk fasi juga dapat elaun yg sgt tak disangka-sangka!huhu..

p/s : aku terasa bakat keibuan aku terselah bila budak tudung pink pekat tu asyik nangis.budak kecik yang suka wat peace tu asyik nk peluk aku dan budak pakai cermin mata pula asyik cari gaduh.huhu..pengalaman..pengalaman...


Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku.Sesungguhnya apa yang aku lakukan di dunia hanya untukMu..

Sunday, June 13, 2010

Engkau sudah cukup..

Mawaddah- Cinta-mencintai





Ya Allah
Engkau kenalkan
Bahawa Engkau adalah Tuhan
Aku bangga
Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku
Aku sembah Engkau selalu
Tak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu
Ya Allah
Aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redha ku selain Mu
Aku harap Engkau juga redha dengan ku
Redha meredhailah kita berdua hingga bertemu
Ya Allah
Aku berlindung dengan Engkau
Daripada bertuhankan selain Mu
Engkau sudah cukup
Bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia
Jangan Engkau jadikn aku
memiliki selainMu
jangan Engkau jadikan aku
memiliki selainMu
Tuhan....
Kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintai Mu
Tapi tidak benci
Walaupun begitu
Jangan pula Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Sunday, June 6, 2010

Syair rintihan hati

Rintihan hati-KISAS


click green button to play,pause maher zain first

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.


sayunya hatiku saat mendengar syair rintihan kalbu ini. hati terpaut saat saudara iqbal meng-post serangkap liriknya di status fb..bergenang air mata apabila menghayati nasihat-nasihat yg terkandung dalam syair ini.sedarkah diri kita bahawa matlamat hidup kita adalah sebagai 'abdi kepada Allahu Rabbi yang diberi peluang untuk hidup di bumi indah..

wahai sahabat,teruskanlah perjuangan,perjuangan menegakkan keadilan..usahlah gentar akan musuh dan janganlah berpatah hati dalam perjuangan kerana syurga menanti sebagai balasan Tuhan..
penuhi hati-hatimu dengan iman dan ilmu, sebagai bekalan dalam perjuangan..tetapkan diri dan hati,sebagai pejuang Islam..Allahuakhbar!

Saturday, June 5, 2010

sajak: doa orang berdosa

Doa Orang Berdosa
(ketika malam kelam)

Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar
hambaMu ingin berbicara
dengan suara paling halus
kerana malu mengakui dosa

Wahai Tuhan yang menyempitkan
kehidupan ahli fasik
hambaMu tak mampu
menahan seksa terhimpit
di lembah kehinaan ini

Wahai Tuhan Yang Maha Melihat
ketika malam gelap gelita
hambaMu memohon keampunan
atas dosa terlihat olehMu
ketika terangnya siang atau tiada cahaya

Wahai Tuhan yang tak pernah menzalimi semua ciptaan
hambaMu sujud insaf
setelah dihancurkan hidup
dengan balasan derita
natijah kealpaan dan keangkuhan

Wahai Tuhan yang menunjukkan
jalan lurus kepada orang yang terpilih
tunjukkan aku jalan itu
untukku jejaki langkah mereka

Wahai Tuhan yang memberi
kemudahan selepas kesulitan
bantulah aku mengenaliMu
agar hatiku terpaut
pada kasihMu



karya
Mohd Fahmi
Bangsar,KL

millenia muslim
jun 2010

Tuesday, June 1, 2010

tokoh: Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.



Rintihan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang apat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

copy from http://nursyirah.wordpress.com


aku inginkan keteguhan iman sepertinya...kesetian cinta pada Yang Esa...

aku hambaMu yang hina..mampukah aku...