Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebih cintaku padaMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi, hanya kepadaMu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati- hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa pada taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syariatMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjuklah jalan- jalannya. Penuhilah hati- hati ini dengan nurMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakal di jalanMu.