admirer

Thursday, September 24, 2009

kisah kasih sayang

Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada guru.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "ok.kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.dah petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas."

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar:"tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

cikgu:"ya, itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


. . . . . . . . . . . . .


kisah ini aku dpt dr seorang kwn yang penyayang.haha.siap ada muziknya lagi.namun begitu,aku sampai sekarang tak faham apa yang ingin disampaikan dr kisah ini.ermm..bukan tak faham tapi keliru.

mulanya dia kata,

apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.

pastu,petikan yang satu lagi ni buat aku konfius

jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.

pastu yang ni pulak..
dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


keliru kn??

persoalan tak terjwb

"ni first time aku tgk ramai lelaki."kata nani. "eleh,besela tmpt cmni.takkan nk cari kt dewan kuliah kot." aku teringat perbualan aku dgn nani masa kami sama2 bershoping raya jam lewat 12 mlm.majoritinya lelaki dgn pakaian yang tah pape2, bahasa kasar dimana2.perasaan risau menerjah walapupn kami ditemani angah dn abu dzar mlm itu."ya Allah, jauhilah aku dr kejahatan malam.."

ye,majoriti bdk kuliah aku perempuan.boleh dikira,lelakinya dlm 30 lebih per 160 lebih orang keseluruhan.ye,memang bdk2 hayat ramai perempuan tp bila ditgk keseluruhan pn pelajar lelaki kt KMNS ni mgkin dlm kurang seribu dn keseluruhan pelajar dlm 3000 orang.secara nisbah,kalau tak silap seorang lelaki bersamaan 7 perempuan.kelas praktikum aku sendiri 4 lelaki je.malangnya kasanova2 belaka!

persoalannya,dimanakah lelaki2 ini?mengapa tidak ramai mereka di pusat2 pengajian?

mgkinkah ramai yang akan menjadi andartu kerana kurangnya kuantiti lelaki2 yang berkualiti dr segi dunia dan akhirat?wallahualam..

wahai lelaki yang dirindui,pulanglah dn bimbinglah kami..