admirer

Monday, November 12, 2012

Nasib RI

Assalamualaikum...

Blog yang sudah lama tak diupdate. Kesibukan yang melanda buat aku tidak hirau kewujudan blog ini. Lebih mengejutkan follower aku bertambah walaupun blog ini sudah bersawang.

Tak kisahla, aku ingat nak sambung berblogging semula. Mulai hari ini. Mulai hijrah 1434 yang akan menjelang, hijrah yang akan membawa aku kepada perpindahan yang sebenarnya.

Hari ini, duka bertambah duka, sedih bertambah sedih, dan pilu makin pilu..Saat ini aku memang sedang mengalirkan air mata..

RI, rumah Intelligent namanya. Rumah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Kehidupan luar kampus, kehidupan bersendirian, kehidupan dipulaukan, kehidupan self- survival. walaupun baru hampir 5 bulan aku menginapnya..mungkin, mula-mula menginap banyak halnya.

Kerana rumah ini aku ikat perut untuk setiap perbelanjaannya, kerana rumah ini aku belajar mengatur kewangan, kerana rumah ini aku belajar memasak, dan kerana rumah ini aku belajar berkongsi dan berkasih sayang..

Semalam, kami dapat surat warning dari komuniti blok. ye, memang aku tak puas hati. itu fitnah! aku lebih suka kalau mereka datang bertanya sendiri, bukan hantar surat warning bawah pintu tanpa usul periksa!

tapi, aku tak sedih hal ini pun. cuma hal ini menambah rencah mehnah hidup mencabar di rumah ini.

kepada kak siti kak auni, moga keputusanmu itu digantikan Allah dengan yang lebih baik buat kami. maaf, aku dah habis fikir nasib kami lepas ini. kini, aku hanya mampu berserah.