Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukankah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut..
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan.
Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa ku dapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.
Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya?
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong di mana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.
Di dalam bilik bangunan kubur itu, ku dapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi..
“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik,
“dan bawakan kuncinya.” Aku akur.
“Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa,
“tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir .
“Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?”
Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya.
“Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.
“Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Di dalam kuburmu. Mari. Mari. “
Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
from : blog ctsabarina
p/s: sama-sama kita ambil pengajaran darinya…