admirer

Monday, June 20, 2022

Selamat Hari Bapa, Ayah..

Selamat Hari Bapa, ayah.. 

Ayah pergi hingga keringat terakhirnya masih lagi dalam perjalanannya bekerja untuk sara keluarga.. belum sempat kami anak-anak bersusah payah menjaga ayah di usia emasnya.. banyak sikap kami anak-anak yg membebannya hanya dipendamnya sendirian.. pedulinya, prihatinnya hanya disimpan dan diluah pada isteri sahaja.. 

Dulu waktu kecil, mungkin kami takut kecut dengan amarahnya, tapi kerana kelemahannya itu adalah jasanya menjadikannya kami anak-anak berusaha utk menjadi lebih baik untuk keluarga kecil kami.. 

Namun, lumrah manusia, semakin berumur semakin terserlah kasih sayang dan peduli nya.. 

Dulu, aku tak paham, tapi bila dia sudah tiada, barulah aku belajar mahu menghargainya.. tapi terlambat bagi ku untuk memahami cara didikannya.. di kala umi sakit, beriya2 kami jaga umi, tapi biarkan dia sendirian menguruskan dirinya sendiri.. malah menuduhnya mementingkan diri.. tapi bila dia yg pergi dahulu.. 

Allah.. menyesal tidak terperi.. 

malu pada Allah.. aku bukan anak yg baik.. moga doaku berterusan sampai padanya..


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْر


Mohon hadiahkan Al Fatihah..