admirer

Saturday, November 17, 2012

Doa Buat Gaza

Salam Perjuangan buat saudara..

Malunyaa. Aku taknaklah rasa berpura-pura.tapi hakikatnya bila dah kene "BOOM" teruk baru aku teringat nak berdoa pada saudara2 di GAZA, sharing apa yg patut..

Habis tu, saudara- saudara di Rohingya, Iraq, Indonesia, Somalia dan lain-lain bagaimana pula?? takkan nak tuggu 'panas' di berita baru teringat kita bersaudara..huhu.. :(

Dah, let's turn to a new leaf. Lepas ni, jgn lupa sentiasa doa kekuatan utk saudara kita dimana pun mereka, betapa besar dan beratnya ujian buat mereka, moga mereka diberi ketabahan dan di kurniakan redhaNya..kita mmg tak mampu nak 'turun padang'. Setiap masa! lepas solat!


Sama-sama jom hafal dan amalkan. :)



Salam maal Hijrah!

Salam maal hijrah.
i was in the video!

jom berhijrah! mulakan perubahan dalam diri anda!


Awal Muharam yang bermakna

Assalamualaikum..

Ye, sudah hampir 3 tahun aku menjadi ahli jemaah islam kampus. Dan dalam masa itu pelbagai perubahan yang berlaku kepada ku. Di awal perkenalan, aku akui aku terlalu berasa indah dengan ukhuwah yang terbina. Aku juga ditaklifkan dengan taklifan yang sangat mencabar.Perjuangan sebagai motivasi. Namun, Allah itu Maha Berkuasa menguji hambaNya.

Aku makin lemah dan berasa tidak mampu lagi untuk mengharungi ujianNya. Lalu, aku mengambil keputusan untuk beruzlah, takpasti seketika atau selamanya. Aku tidak lagi menghadiri segala perjumpaan dalaman kerana aku ingin mengelak hati dari makin terluka. Namun, taklifan luaran ku yang berat dalam memikul wasilah tetap aku teruskan, bagi mengelak fitnah yang lebih besar. Dan aku lebih senang bersama mad'u dan seronok bersama dengan mereka.

Dikala hati itu berasa kekosongan, dengan nekad aku memecut untuk mencari kebenaran. Sesuatu yang dah lama aku cari kesahihannya. Sebelum ini, kebenaran itu ada mereka yang cuba sampaikan, aku masih sukar untuk menerimanya. Hari itu aku nekad.Awal Muharam tarikhnya. dan aku akui niat aku salah pada awalnya.

Hatiku bagai terisi. Aku rasa rindu, rindu untuk bertemu mereka lagi. Setiap kali aku terkenang, "ya Allah, adakah ini kebenaran??". aku masih takut untuk memilih kerana aku terikat dari seluruh genap jiwa.

Aku menangis sendirian dalam ruang kecil bilikku.tiada siapa tahu betapa berkecamuknya fikiranku.




mereka ajar aku benar-benar rasa rindu pada Rasulullah, mengenal Tuhan sedalamnya...