admirer

Saturday, September 26, 2009

takut exam?

oh takut!takut!takutnya!!! exam sgt menghampiri! aku tak kuasai lg byk chapter! sempat ke nk study ni??
huhuhu...


bila ckp pasal exam, ramai yg cuak,tensen..cukup tak persediaan nk hadapi periksa
tp sedarkah kita sudah cukupkah persediaan kita menghadapi saat kematian yang tak tahu bila saatnya..cukupkah amal kita utk memasukkan kita ke dlm syurga?


aku teringat pesanan kak shida,waktu tu ujian selaras kimia.time tu,aku sibuk ngadu;"takutlah kak test ni." katanya dia tersedar selama ini kita takut akan exam namun adakah patut kita takut terhadap exam berbanding takut,gerun kita terhadap Allah?


terima kasih kak atas kesedaran itu.tmbhnya lagi,rezeki tu Allah yg bagi.sekuat,sekeras mana pn kita belajar,kalau bukan rezeki kita macam tu jelah resultnya.jadi,janganlah terlalu kecewa kalau result kita tak setimpal ngn usaha kita.selalulah mohon pertolongan Allah agar dimurahkan rezeki.

teringat rahsia kejayaan nik madihah, hablumminallah,hablumminannas~

"rahsia kejayaan bukannya dengan banyaknya membaca,kerapnya berbincang dan kuatnya ingatan..tetapi kejayaan sebenar datang apabila kita meletak 100% keyakinan kepada Allah kerna DIALAH pemilik ilmu itu."

Friday, September 25, 2009

daging beku manusia

sekarang ni aku berada di makmal perubatan uitm shah alam..fuhh!!ape aku wat kt sni cuti2 nih???tengtengteng..

tujuan aku dtg sni sbb nk blaja (kononnya blaja la) memandangkan peperiksaan final just around the corner.disebabkan kt umah aku lgsung tak boleh nk belajar ats beberape faktor2 godaan seperti teknologi yang serba canggih,rancangan televisyen yg tak henti2 tayang cerita seram kegemaran, buku2 yang malu2 utk disentuh,adek2,kakak2,abang2 yg bising dan hehe..kehebatan aku mengelat wat keje umah..jd aku ikut kaklang ke tmpt kejenya..

malangnya aku diterjah kesejukan melampau atas kehebatan air cond berkuasa tinggi plus aku bermain2 dalam bilik peti ais -20 drjah celcius tempat2 penyimpanan bende2 mengarut spt saliva, serum and what so ever dn aku dikelilingi bau2 darah hmmpphh!harum!

diatas kesejukan ini aku terase asyik nak makan dn memakai lab kot,face mask dn sarung tgn getah (mcm aku je research asst.) kononnya berfungsi memanaskan bdn.(??!!!!)

ok,eksperimen baru bermula..kne tggu result 5 jam kemudian.mksudnya jam 11 mlm baru balik..aku jadi daging beku di sini~help!

Thursday, September 24, 2009

kisah kasih sayang

Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada guru.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "ok.kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.dah petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas."

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar:"tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

cikgu:"ya, itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


. . . . . . . . . . . . .


kisah ini aku dpt dr seorang kwn yang penyayang.haha.siap ada muziknya lagi.namun begitu,aku sampai sekarang tak faham apa yang ingin disampaikan dr kisah ini.ermm..bukan tak faham tapi keliru.

mulanya dia kata,

apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.

pastu,petikan yang satu lagi ni buat aku konfius

jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.

pastu yang ni pulak..
dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


keliru kn??

persoalan tak terjwb

"ni first time aku tgk ramai lelaki."kata nani. "eleh,besela tmpt cmni.takkan nk cari kt dewan kuliah kot." aku teringat perbualan aku dgn nani masa kami sama2 bershoping raya jam lewat 12 mlm.majoritinya lelaki dgn pakaian yang tah pape2, bahasa kasar dimana2.perasaan risau menerjah walapupn kami ditemani angah dn abu dzar mlm itu."ya Allah, jauhilah aku dr kejahatan malam.."

ye,majoriti bdk kuliah aku perempuan.boleh dikira,lelakinya dlm 30 lebih per 160 lebih orang keseluruhan.ye,memang bdk2 hayat ramai perempuan tp bila ditgk keseluruhan pn pelajar lelaki kt KMNS ni mgkin dlm kurang seribu dn keseluruhan pelajar dlm 3000 orang.secara nisbah,kalau tak silap seorang lelaki bersamaan 7 perempuan.kelas praktikum aku sendiri 4 lelaki je.malangnya kasanova2 belaka!

persoalannya,dimanakah lelaki2 ini?mengapa tidak ramai mereka di pusat2 pengajian?

mgkinkah ramai yang akan menjadi andartu kerana kurangnya kuantiti lelaki2 yang berkualiti dr segi dunia dan akhirat?wallahualam..

wahai lelaki yang dirindui,pulanglah dn bimbinglah kami..

Wednesday, September 23, 2009

antibodi lemah

raya tahun ni rasanya mcm tak semeriah raya2 sebelumnya.knape ek? mgkn aku nk dkt exam?ramai sedare mare mcm ade tak de je..owh ye,rupanya aku rse dh terlalu tua nk jln2 raya walaupun aku maseh layak lagi menerima duit raya..btul gak,aku rase mcm tak jmpe ramai sepupu2ku haihh..kebanyakan mereka sudah bermh tgge.bile la pulak giliran abg aku..

teringat akhir bulan ramadhan lalu, aku hehe dlm pukul dua petang aku dikejarkan ke wad kecemasan sbb demam panas lps baru je balik dr kolej mlm semalamnya.jadi,terpkselah ponteng puasa kne minum 100plus bdn sggh dehydrated, takut kne tahan wad.lala.sbnrnya dh lme dh aku mengidap penyakit demam tu,mse mseh kt kolej lg tp cm tak de mase nk gi klinik terutama nk cuti2 ni.aku terlalu blaja sgt kot..haha...yeke??(blah arr)kononnye aku bantai kopi sbb nk stay up.ade 1 hari ni aku stay smpai kul 4 sbb nk hafal skrip utk pengucapan awam tp geram je takde kelas pulak!

tp sgt2 rugi,mse raya aritu aku tak bwk ubat2 tuh,,jd aku pn tak makan antibiotik yg berlambak tuh..


fakta: selama aku 5 bulan aku di KMNS,sbyk 5 kali aku diserang demam..

Saturday, September 19, 2009

raya tiba!

keadaan yg sangat menyibuk di KMNS ini menyukarkan perjalanan blog ini.oleh itu, cyber kafe yg terdapat di dlm KMNS itu tidak terjejak oleh kaki walaupun abg2 di CC itu kacak2 belaka.(??????!!) ohhh!!berapa zaman ya tak menulis..kelihatannya sungguh jnggal!

mengonline di malam raya yg penuh bintang2 dilangit (hujan la kat luar) menerbitkn rse pilu di hati pemergian Ramadhan yg mgkin akan atau tidak ketemu lagi.namun, disudut hati juga terselit kegembiraan kerana jam 12 ini angah akan bawa kami bershoping!yeah!igtkn raya kali ni tak de baju baru..

bingit2 mercun,meriam di luar sgt menyakitkan hati krn aku sgt benci itu bunyi keganasan.Oh Allah, matikan aku sebelum kiamatmu,akhir zaman menghampiri.penyesalan muncul disebalik hati busuk kerana byknya tinggal terawih kerana alasan2 yg mengada2 spt kelas malam,kuiz esok hari,penat berouting..ish3..

namun, kegembiraan raya ini diharapkan tidak terlalu teruja kerana periksa akhir sem sgt2 menghampiri..


yg pelik
-aku-