admirer

Wednesday, May 6, 2009

Duhai hati..

Tidak sabar lagi
Melepaskan diri dari
Tempat yang sememangnya
Menghimpit perasaanku
Menderai jiwaku
Mengongkong
dan penuh ketidakadilan

Hatiku perit..
dengan segala pemerlian!
Hatiku sakit..
dengan segala tuduhan!
Hatiku pedih..
dengan segala tomahan!
Teligaku panas..
dihujani leteran..

Selangkah aku keluar
Aku bebas dari segala teriakan
Mereka yang mengarah,
Mereka yang menengking,
Mereka yang menyakitkan hati,
Mereka yang mengadu domba,
Mereka yang bercakaran.

Ahh hati!
Kau memang tak bersyukur!
Sedangkan kau punya segalanya!
Hidupmu tak merempat,
Hidupmu tak melarat,
Jiwa remajamu itu,
Sentiasa menghasutmu!
Sentiasa saja mengeluh!
Sentiasa saja ada ketidakpuashatian!
Dan hati,
Kau kurang diisi kerohanian.

Wahai diri...
Wahai hati...
jangan kau mengeluh...
jangan kau mudah berkecil...
jangan kau putus asa...
jangan kau marah...
sabar dan tabahlah...
bersyukurlah atas apa yang kau ada..
kerna satu hari...
kau juga akan merindui mereka...

Ya Tuhanku,
Engkau berikanlah hati ini ketabahan,
Kurniakan hati ini kekuatan,
Dan titipkanlah hati ini kesabaran.
Ampunkanlah dosa hati ini..


-hati ini-


Monday, May 4, 2009

kegembiraan dn kesedihan ku.

Kak ijah ajak aku utk tolong dia jadi AJK pendaftaran utk majlis sabtu hari tu terutamanya mmg dia mencari ahli kelab remaja intan islam.memandangkan memang aku sentiasa free di rumah, jadi aku tidak menolaknya. nani juga diminta utk ditolong.setelah habis program kami pada hari itu, aku menanyakan tentang program apa pula esoknya ni..rupanya ada Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.dalam hati menangis-nangis rasanya.aiyo..napela aku terima.sbb aku tahu,aku akan berjmpa dgn ramai kwn-kwn lama yg cemerlang keputusan mereka.dan kehadiran aku pula hanyalah sebagai penyambut kedatangan mereka dan tukang tengok mereka ambil hadiah memandangkan keputusan aku tak cukup A utk melayakkan aku bersama-sama menyertai mereka.tak mengapalah..

namun kehadiran aku pada hari itu sgt-sgt tidak merugikan.aku ketemu ramai kwn-kwn sekelas masa darjah 6.mereka yg lelakinya kelihatan berbeza sekali!ada juga yg lupa nama aku.hehe..disebabkan aku yang mendaftarkan kehadiran mereka,nak tak nak kenalah jmpa muka aku jgk.hehe..shah sungguh ramah sekali tp..berbau rokok pula.aku sempat memerli "bkn ko dari sekolah agama ke??" "yela,aku hishamuddin.""takde gaya pn..dengan rambut pnjang ni.ish3" dia gelak-gelak je.masa darjah enam,shah seorang pengawas.malah aku juga jumpa dgn kwn-kwn di sekolah convent,tadika,dan sekolah agama.

paling tidak merugikan, kehadiran nik madihah pelajar cemerlang spm 2008.aku sgt kagum dgnnya.seolah,kami tidak sebaya.paras wajah,pemakaian,percakapan melambangkan dia seorang yg sgt matang dan solehah.gaya memberi nasihat kepada adik-adik dlm dewan ketika itu,sgt terkesan bagiku.mana tak nya,satu dewan tu dia pusing,berinteraksi dengan penonton.smpaikan aku yg berdiri dibelakang dewan pn bersemuka dgnnya (bangga2!!)tp,aku tahu dia tahu kehadiran ku sebagai AJK jd dia tak tanyalah pendapat aku.soalan cepumas tu, "adik couple tak?" aku pn tak sanggup nak jawab.diri ini rasa hina.kalaupun ditanya pada ku,tentu aku lari.

tinggalkan nik madihah,seterusnya, sesi penyampaian hadiah.masa ni, aku sibuk baca buku kecemerlangan nik madihah bagi menyembunyikan rasa cemburu di hati kecilku melihat rakan- rakan yang naik pentas.aku terlihat seorang kawan baikku dulu,ketika di tadika sehinggalah aku darjah enam.dia seorang pelajar cemerlang.10A.ibubapanya merupakan ustaz ustazah.anak tunggal.aku selalu tidur dirumahnya dan sebaliknya.kami dulu terlalu rapat.perpisahan kami sebagai sahabat apabila ayahnya seolah menghalang persahabatan kami kerana ketika itu keluargaku mengalami masalah keluarga yang sgt berat.ayahnya takut anaknya turut merasa derita aku waktu itu.naluri seorang bapa,biarlah aku berkorban.namun ketika itu aku tak faham.aku darjah 5!!owh,apa yg aku nk ceritakan sebenarnya..aku lihat mukanya sgt merah menahan malu.ibunya segera menariknya keluar dari dewan.mak aku pujuk mak dia.makcik-makcik lain semua pun pujuk mak dia.aku tak faham.ummi datang kepadaku.menceritakan apa yg terjadi.kehadirannya tidak ditanda.ibunya mengajuk kerana malu.anaknya telah menunggu lama giliran tapi tidak mendapat hadiah.MasyaAllah!!aku dilanda serba salah.sbb aku sedar itu tugas ku.dan aku telah lalai.serba salah.Ya Allah,ampunilah dosaku.aku tidak sengaja.aku tak berniat langsng utk memalukannya.mereka pulang tanpa membawa hadiah dan menghadiri jamuan.aku serba salah.takut.

makcik ana memujukku.memang,kami semua langsung tak sedar tentang kehadirannya tidak ditanda.walaupun berkali-kali diperiksa.

aku tak faham macam mana aku boleh tertinggal nama dia.aku harap mgkn ada hikmah disebalik kejadian ini.

patutkah aku telefon rumahnya dan memohon maaf? sesungguhnya aku sgt malu dgn kelalaian ku.

Sunday, May 3, 2009

alhamdulillah

setelah penat balik dr kursus pengurusan jenazah tu,aku tak sabar- sabar nk tgk keputusan upu.tp,tak dpt nk msuk web tu..jam.jd,rasanya nk tidur dulu memandangkan kepala ku sgt pening.

petangnya,akhirnya dpt msuk web tu.keputusannya keluar.tengtengtenggggg!!

NAMA : NUR HASANAH BINTI HAMZAN

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2009/2010.



prangggggg!!(bnyi apa tu??).hatiku berderai.haha.terkejut jugak.tak percaya pn ada!fikiran pn dh pikir mcm-mcm.teruk sgt ke result SPM aku ni??smpai u awam tak nak.ke atau mmg ditakdirkan family aku ni menuntut di u swasta je.ee..tak caya nye! check balik.keluar lagi result sama.istighfar banyak-banyak.kembali positif.hmm..rezeki aku bukan kat sini.tak apalah.lagipun selama ni pn aku mmg nk sgt masuk matrik.malah rancangan perjalanan hidup aku pn tercatat kehadiran matrik,bkn mana-mana universiti.

sebenarnya,jauh disudut hati mmg ada kegembiraan ttg keputusan ini.(haha).pertamanya, doaku dimakbulkan.kedua,aku tak payah nk kena buat keputusan.ketiganya,Allah telah memilih yg terbaik utk aku.

dan aku sgt gembira dan tak sabar-sabar pergi matrik.tak sabar-sabar nk menuntut ilmu.tak sabar-sabar nk cipta kejayaan.tak sabar-sabar ketemu dengan ukhwah baru.tak sabar-sabar,tak sabar-sabar..aaaa..tak sabarnya!!

buktinya:
  • saya dah shopping brg keperluan asrama!
  • saya dh isi borang!
  • saya dh beli stok makanan!
  • saya dh ambil tahu psl keadaan kt KMNS tu!
  • saya dh tahu nama librian kt KMNS!
  • saya dh tahu cara pembelajaran!
  • saya dh tahu keadaan asrama!
  • dan saya tahu kwn-kwn saya yg conferm masuk situ!


ALHAMDULILLAH!

dan tak sabar juga nk mempraktikkan rahsia kejayaan yang diamalkan oleh nik madihah 20A1 SPM 2008.rahsianya kan......

"hablumminallah habluminannas"


semoga berjaya!



*sesiapa yg masih tak dapat nk buat keputusan tu,jgn lupa mnta pertolongan Allah."Ya Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus.."

Friday, May 1, 2009

sehari memantapkan rohani

salam,

khamis malam hingga jumaat pagi
  • mengikuti qiamulail anjuran nisa' dn kelab remaja intan islam
  • bertempat di tadika ikhwan (tadika aku dulu).kelas othman (kelas aku!)
  • tidur tak berapa nk lena kerana demam walaupun suhu badan dah surut 37.8
  • jam 3pg tersedar, bunyi bising suara-suara remaja lelaki-merempit.
  • jam 3.30pg bgn gosok gigi dn berqiam
  • 5.00 pg,bunyi bas masuk.(bas kilang org pergi kerja)
  • subuh
  • maathurat
  • tazkirah berantai.hehe.kne bagi tazkirah gak.gigil-gigil.ckp psl niat.
  • makan dan bersurai
kesimpulan:rasa bersyukur dipilih Allah utk berqiam walaupun ada juga mereka yang bangun pada waktu itu tetapi tujuan yg lain.



balik.


mandi.



ke kursus pengurusan jenazah.

kebanyakkannya orang- orang tua.
ceramah oleh ustzh Sanah Arshad.


jumpa dgn saudari-saudari di qiam
dengar ceramah
praktikal-
  • penyediaan kain kapan,kapur barus.cendana,kapas.
  • cara mandikan mayat
  • kafan
  • solat

kak ijah jadi model mayatnya.

majlis penutup dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali

kesimpulan:memberi kesedaran ttg bgamana keadaan kita ketika kembali ke pdNya.dengan keadaan serba putih, tiada perhiasan,tiada semburan enchanter hnyalah bau-bauan kapur barus dan cendana yang harganya berapa sangatlah di pasaran.ajal maut ditgn Allah.kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita.sentiasalah ingat ttg kematian.


wslm