admirer

Wednesday, May 6, 2009

Duhai hati..

Tidak sabar lagi
Melepaskan diri dari
Tempat yang sememangnya
Menghimpit perasaanku
Menderai jiwaku
Mengongkong
dan penuh ketidakadilan

Hatiku perit..
dengan segala pemerlian!
Hatiku sakit..
dengan segala tuduhan!
Hatiku pedih..
dengan segala tomahan!
Teligaku panas..
dihujani leteran..

Selangkah aku keluar
Aku bebas dari segala teriakan
Mereka yang mengarah,
Mereka yang menengking,
Mereka yang menyakitkan hati,
Mereka yang mengadu domba,
Mereka yang bercakaran.

Ahh hati!
Kau memang tak bersyukur!
Sedangkan kau punya segalanya!
Hidupmu tak merempat,
Hidupmu tak melarat,
Jiwa remajamu itu,
Sentiasa menghasutmu!
Sentiasa saja mengeluh!
Sentiasa saja ada ketidakpuashatian!
Dan hati,
Kau kurang diisi kerohanian.

Wahai diri...
Wahai hati...
jangan kau mengeluh...
jangan kau mudah berkecil...
jangan kau putus asa...
jangan kau marah...
sabar dan tabahlah...
bersyukurlah atas apa yang kau ada..
kerna satu hari...
kau juga akan merindui mereka...

Ya Tuhanku,
Engkau berikanlah hati ini ketabahan,
Kurniakan hati ini kekuatan,
Dan titipkanlah hati ini kesabaran.
Ampunkanlah dosa hati ini..


-hati ini-


6 comments:

  1. salam,
    ukhuwah fillah ^_- insya-Allah

    ReplyDelete
  2. mencungkil bakat..
    hehe..
    dpt ilham subuh td..

    mira..
    kte senasib..
    ke??
    sket la..

    ReplyDelete
  3. boleh laa....ak x suke nk komen buruk2

    ReplyDelete
  4. kak lang yang comelMay 9, 2009 at 1:14 PM

    woi..apela punya sensitive ini org..kerja bnyk xluak pun..kan aku dh bg tips..lain kali, bila pagi2x trus kemas laman, trus sidai2x..kemas rumah..pastu ko main la smpai lantak..

    cuma jgn main bila 1-nmpk ayah 2-nmpk along 3-nmpk angah.

    pastu, pastikan nmpk la benda yg ko kemas tu, kita ni kdg2x bukan la xikhlas atau nk menunjuk, tapi kdg2x ade org xnmpk ape yg kita dh buat, jadi kene la kemas plus menunjuk sikit..bukan mengungkit tau menunjuk ketika kemas..bila mak pandang je..trus buat keje..bila ayah dtg je..trus lipat baju..tula caranya..bila demam, buat cara demam..jgn main tenet..nanti timbul tak puas ati oleh hati2x yg kadangkala dicucuk setan.

    lagi satu jangan basuh pinggan lewat malam. bila umi ckp, trus je basuh. tak elok bagi mak cakap lame2x, nanti mak kecik ati..xdpat cium bau syurga.

    ape2x pun, dalam dunia ni, kita akan jumpa dengan macam-macam orang..berdepan dengan kerenah adik beradik ni lah sebenarnya yang mengajar kita nak berhadapan dengan orang2x yg lebih pelik selepas ni kat dunia luar tu..kita pun manusia, tak boleh nak puaskan hati semua dan tak semua orang pun bole puas hati dengan kita.

    ok? jangan down sgt. ko la org gaji paling bijak yang aku ade.hahahaha

    ReplyDelete