admirer

Sunday, May 10, 2009

selamat tinggal.selamat datang.

celik pejam celik pejam,esok dah hari keberangkatan.huhu..perasaan??entahlah.gembira ada,excited ada,sedih ade,risau ade,hmm macamlah.tp yg byknya gembiralah.haha.seronok sgt!

spt blog lepas,tak sabar2 nk belajar,tak sabar2 nk bina ukhwah baru,namun disebalik setiap ketidaksabaran ini,kerisauan pn menjengah.ermmm,sapelah rumate nanti..melayu ke, india ke, cina ke??anak tggal ke,ank manja ke,org ssh ke,org kaya ke,kwn skolah lame ke??mcm manela cara blajar nt..msti dh tak sama mse zaman skola dulu..mcm mnelah classmate nt,kwn2,cikgu2,kuliah,kelas tutor..hmmm..

sedihnya ttg keberangkatan ini,takdelah lagi nk online2,nk bloging sume,ahh..tinggalkan!


kpd teman-teman yg bkl menyambung perjuangan,

semoga berjaya,semoga mendapat kwn2 yg baik, semoga bertambah iman,semoga bertambah cinta kpdNya,semoga tidak lalai,semoga dijauhi kemungkaran,semoga dilindungi dr kejahatan,semoga disuluh hidayah,semoga dilimpah rahmatNya..


"selamat datang impian,selamat tinggal kenangan."



"ya Allah,ku ikhlaskan hati ini hanya keranaMu,perjuanganku hanya keranaMu,Engkau lindungilah aku,Engkau rahmatilah aku,permudahkanlah urusanku,jauhi aku dr segala keraguan,ku mohon syurgaMu,jauhilah aku neraka jahanam.hnya kpd Mu aku berserah.ameen."

Friday, May 8, 2009

bergendut-gendut ,gendut dn gendut

cerita kali ini mengisahkan tentang perjalananku bersuka ria bersama rakan-rakan sekolah convent di pusat membeli belah AEON Bukit Tinggi Klang.mereka terdiri drp aku,mira,mimie,dayah,eqa,azrin,paan,qis,wani,uwais,dn atikah.(ade yg aku miss?)

mengikut perancangan, 9.30 pg sepatutnya kami berada di sekolah convent.setelah hmpir 2tahun aku tidak menjejaki sekolah itu lagi, ekspresi pertama aku ialah memang sgt terkejut! hoho! mklumlah,lps shja tinggalkan sekolah itu,lgsung tak lalu pn Jln Tengku Kelana itu.hahaha.bulatan yg selalu mengalami kesesakan lalulintas dn pelbagai pembinaan perlu dielakkan!sekolah convent klang skrg,samaada sekolah rendah mahupun menengah hmpir 40% perbezaan! sudah lebih maju.hehe.ini serious..

ketibaan ku disambut oleh..tak de sape.huhu..aku sendiri menerjah masuk ke dlm.aku melalui kantin sekolah rendah yg kerusi dn meja pnjang yg sudah berganti, cat yg berganti,malah makcik2 tu pn berganti.hehe,kalau tak silaplah.rasa lebih luas dn bersih keadaannya.


seterusnya,aku melalui lorong ke sekolah menengah.nun jauh di sana,berdiri gahnya bangunan baru.dimana dulu sebelum aku pindah,bangunan tu dah siap tetapi masih belum digunakan.huhu..mengecillah ye pdg di convent..takpe2..tu haa stadium sultan sulaiman dekat je!istana pn dekat!sekolah di tgh bndarlah katakan..lepas tu masuk lagi,nmpklah kelibat kwn-kwn ku dlm bilik guru.sdg bersalaman dn berborak-borak dgn cikgu-cikgu.huhu.Pn yoges,rindu kegarangannya.dia jugalah yg membuatkan aku jatuh cnta dengan subjek sains terutamanya biologi.tp,aku hnya mmpu mengintai.


perjalanan diteruskan dengan melawati gelanggang tenis.ramainya "pelajar sekolah".hehe.tgh subjek pj agaknya.melawati koop.."hasanaaaahhhh!!"huh,sapa pnggl aku nih??mulalah aksi2 yg tidak harus dipertontonkn.(adegan kissing).berkumpullah kami di depan koop.aku tgk koop,kosong je,bankrup ke??hehe..


pggilan dr mira.mira dh smpai!!kami pn belalu keluar,tp sekali lagi mereka masuk bilik guru.hehe.join jelah.aku pelajar sekolah ni ape...'bekas pelajar'..diorg pn bekas gak!borak2lah..ala,soalan biasa..mlsla nk cerita pnjg2.

keluar dari kwsn sekolah,jmpalah mira dgn myvi nye,mimie dgn...kereta ape eh?.lg sekali adegan yg mencurigakan.huhu."mira,yakin ehh??tak mati aku kan??"hahaha.

dipendekkn,tibalah kami di tmpat kejadian.semua wat hal masing2.apo nihh??haha.aku dgn mira awl2 lagi dh cabut.gi toilet alasannya.mmg pun!bermekap2.ek ele..pstu berdating ke popular.belilah apa yg ptt.yg tak patut pn terbeli gak.takde dlm senarai=puncher dengan staple.jmpe azrin ngn wani tapi nk out dah.


sekeluarnya kami dari popular,paan bg minuman.wow!starbuck!"erkk,,aku tak minum.boikot.takpe,aku boleh tolong pegang".memandangkan tak boleh bawa msuk minuman."huhu,rindu arr nk minum starbuck..boikot aritu,nk qada' ".erkk,rncngan boikot nmpknya tak berhasil dlm masyarakat.sekejap je.tak istiqomah tul.tak tau nk slhkan siapa.


aku begitu mengisi masa bersama mira.kami terpisah.kini tiada lagi gelaran belangkas.huhu.takpe2.tetapkan hati.sekali lagi kami hnya berdua mkn KFC.tak boikotkn?shakirah yg kate!atas hujah2nya.aku mghadiahkan mira sst tp sedihnya xberbalut pulak.ucapan pn baru je nk tulis.atas kekangan masa.hooo..pnjng giler citer ni..


pendekkn lagi.jmpe Pn kamalinda ngn atiqah di petronas.zuuppp2!!sampailah kami di Arena futsal.hehe.huhu..lemah iman aku kt sini.hehe.sape faham,fahamlah.sapa yg tak phm,wat bodo jela.haha.segera aku dgn mira tgglkn futsal tu.yg lain gi main.dlm kereta berdua dgn idea yg bongok2.haha.mira,kau dan aku saja yg tahu.klu,selipar sape tu??benti2.hahaha..


jam mnujukkn pkl 3.20,dn kami mmpunyai masa kurang satu jam utk pergi beli-belah di Mydin yg kira-kira 7km perjalanan.zuupp!parking.cpt2!msuk Mydin.semuanya berlaku begitu pntas.lgsung tiada rehat.dlm pukul 4,mereka2 yg kt futsal plak dh mesej2 srh amek.tensen giler mira.aku si kelut bertambah gelut!hehe.rindunya 2 perkataan ini.

dah habis,masuk kereta,huh..penatnya jadi tkg kira,tkg agih brg,tkg beri nilai dlm keadaan kalut.nasib baik jln jammed,ada lah alasan lewat.

smpai di gelanggang futsal,mereka semua dh habis main.hoho..iman aku bertmbh goyah.sbb mkin ramai.huhu..nsib baik tak join main,tak senonohnya rupanya nanti.mane tak nye,gelngang yg mereka2 ini bermain diapit oleh gelanggang lelaki.tak nklah aku!

dh bergambar,semua pulang.aku,eqa,paan dn driver hehe,singgah ke kedai gmbr.hoho.ambik gmbr passport uk msuk matrik.huh,sebijik sama muka dgn kad pelajar mktb dulu.balik.aku selamat smpai rumah.mereka ape kes,tak taula..mira giler excited msuk kwsn sg udg..ish3..eqa dgn paan pulak kata,sg udg tu kg.huhu..tak msuk lg kg delek..hulu agknya.sian aku..org kmpung..

tamatlah riwayat sang kancil.
endofstory.

Wednesday, May 6, 2009

Duhai hati..

Tidak sabar lagi
Melepaskan diri dari
Tempat yang sememangnya
Menghimpit perasaanku
Menderai jiwaku
Mengongkong
dan penuh ketidakadilan

Hatiku perit..
dengan segala pemerlian!
Hatiku sakit..
dengan segala tuduhan!
Hatiku pedih..
dengan segala tomahan!
Teligaku panas..
dihujani leteran..

Selangkah aku keluar
Aku bebas dari segala teriakan
Mereka yang mengarah,
Mereka yang menengking,
Mereka yang menyakitkan hati,
Mereka yang mengadu domba,
Mereka yang bercakaran.

Ahh hati!
Kau memang tak bersyukur!
Sedangkan kau punya segalanya!
Hidupmu tak merempat,
Hidupmu tak melarat,
Jiwa remajamu itu,
Sentiasa menghasutmu!
Sentiasa saja mengeluh!
Sentiasa saja ada ketidakpuashatian!
Dan hati,
Kau kurang diisi kerohanian.

Wahai diri...
Wahai hati...
jangan kau mengeluh...
jangan kau mudah berkecil...
jangan kau putus asa...
jangan kau marah...
sabar dan tabahlah...
bersyukurlah atas apa yang kau ada..
kerna satu hari...
kau juga akan merindui mereka...

Ya Tuhanku,
Engkau berikanlah hati ini ketabahan,
Kurniakan hati ini kekuatan,
Dan titipkanlah hati ini kesabaran.
Ampunkanlah dosa hati ini..


-hati ini-


Monday, May 4, 2009

kegembiraan dn kesedihan ku.

Kak ijah ajak aku utk tolong dia jadi AJK pendaftaran utk majlis sabtu hari tu terutamanya mmg dia mencari ahli kelab remaja intan islam.memandangkan memang aku sentiasa free di rumah, jadi aku tidak menolaknya. nani juga diminta utk ditolong.setelah habis program kami pada hari itu, aku menanyakan tentang program apa pula esoknya ni..rupanya ada Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.dalam hati menangis-nangis rasanya.aiyo..napela aku terima.sbb aku tahu,aku akan berjmpa dgn ramai kwn-kwn lama yg cemerlang keputusan mereka.dan kehadiran aku pula hanyalah sebagai penyambut kedatangan mereka dan tukang tengok mereka ambil hadiah memandangkan keputusan aku tak cukup A utk melayakkan aku bersama-sama menyertai mereka.tak mengapalah..

namun kehadiran aku pada hari itu sgt-sgt tidak merugikan.aku ketemu ramai kwn-kwn sekelas masa darjah 6.mereka yg lelakinya kelihatan berbeza sekali!ada juga yg lupa nama aku.hehe..disebabkan aku yang mendaftarkan kehadiran mereka,nak tak nak kenalah jmpa muka aku jgk.hehe..shah sungguh ramah sekali tp..berbau rokok pula.aku sempat memerli "bkn ko dari sekolah agama ke??" "yela,aku hishamuddin.""takde gaya pn..dengan rambut pnjang ni.ish3" dia gelak-gelak je.masa darjah enam,shah seorang pengawas.malah aku juga jumpa dgn kwn-kwn di sekolah convent,tadika,dan sekolah agama.

paling tidak merugikan, kehadiran nik madihah pelajar cemerlang spm 2008.aku sgt kagum dgnnya.seolah,kami tidak sebaya.paras wajah,pemakaian,percakapan melambangkan dia seorang yg sgt matang dan solehah.gaya memberi nasihat kepada adik-adik dlm dewan ketika itu,sgt terkesan bagiku.mana tak nya,satu dewan tu dia pusing,berinteraksi dengan penonton.smpaikan aku yg berdiri dibelakang dewan pn bersemuka dgnnya (bangga2!!)tp,aku tahu dia tahu kehadiran ku sebagai AJK jd dia tak tanyalah pendapat aku.soalan cepumas tu, "adik couple tak?" aku pn tak sanggup nak jawab.diri ini rasa hina.kalaupun ditanya pada ku,tentu aku lari.

tinggalkan nik madihah,seterusnya, sesi penyampaian hadiah.masa ni, aku sibuk baca buku kecemerlangan nik madihah bagi menyembunyikan rasa cemburu di hati kecilku melihat rakan- rakan yang naik pentas.aku terlihat seorang kawan baikku dulu,ketika di tadika sehinggalah aku darjah enam.dia seorang pelajar cemerlang.10A.ibubapanya merupakan ustaz ustazah.anak tunggal.aku selalu tidur dirumahnya dan sebaliknya.kami dulu terlalu rapat.perpisahan kami sebagai sahabat apabila ayahnya seolah menghalang persahabatan kami kerana ketika itu keluargaku mengalami masalah keluarga yang sgt berat.ayahnya takut anaknya turut merasa derita aku waktu itu.naluri seorang bapa,biarlah aku berkorban.namun ketika itu aku tak faham.aku darjah 5!!owh,apa yg aku nk ceritakan sebenarnya..aku lihat mukanya sgt merah menahan malu.ibunya segera menariknya keluar dari dewan.mak aku pujuk mak dia.makcik-makcik lain semua pun pujuk mak dia.aku tak faham.ummi datang kepadaku.menceritakan apa yg terjadi.kehadirannya tidak ditanda.ibunya mengajuk kerana malu.anaknya telah menunggu lama giliran tapi tidak mendapat hadiah.MasyaAllah!!aku dilanda serba salah.sbb aku sedar itu tugas ku.dan aku telah lalai.serba salah.Ya Allah,ampunilah dosaku.aku tidak sengaja.aku tak berniat langsng utk memalukannya.mereka pulang tanpa membawa hadiah dan menghadiri jamuan.aku serba salah.takut.

makcik ana memujukku.memang,kami semua langsung tak sedar tentang kehadirannya tidak ditanda.walaupun berkali-kali diperiksa.

aku tak faham macam mana aku boleh tertinggal nama dia.aku harap mgkn ada hikmah disebalik kejadian ini.

patutkah aku telefon rumahnya dan memohon maaf? sesungguhnya aku sgt malu dgn kelalaian ku.