Salam Perjuangan buat saudara..
Malunyaa. Aku taknaklah rasa berpura-pura.tapi
hakikatnya bila dah kene "BOOM" teruk baru aku teringat nak berdoa pada
saudara2 di GAZA, sharing apa yg patut..
Habis tu,
saudara- saudara di Rohingya, Iraq, Indonesia, Somalia dan lain-lain bagaimana
pula?? takkan nak tuggu 'panas' di berita baru teringat kita bersaudara..huhu.. :(
Dah, let's turn to a new leaf. Lepas ni, jgn lupa sentiasa doa kekuatan utk saudara kita dimana pun mereka,
betapa besar dan beratnya ujian buat mereka, moga mereka diberi
ketabahan dan di kurniakan redhaNya..kita mmg tak mampu nak 'turun
padang'. Setiap masa! lepas solat!
Sama-sama jom hafal dan amalkan. :)
Saturday, November 17, 2012
Salam maal Hijrah!
Salam maal hijrah.
i was in the video!
jom berhijrah! mulakan perubahan dalam diri anda!

Awal Muharam yang bermakna
Assalamualaikum..
Ye, sudah hampir 3 tahun aku menjadi ahli jemaah islam kampus. Dan dalam masa itu pelbagai perubahan yang berlaku kepada ku. Di awal perkenalan, aku akui aku terlalu berasa indah dengan ukhuwah yang terbina. Aku juga ditaklifkan dengan taklifan yang sangat mencabar.Perjuangan sebagai motivasi. Namun, Allah itu Maha Berkuasa menguji hambaNya.
Aku makin lemah dan berasa tidak mampu lagi untuk mengharungi ujianNya. Lalu, aku mengambil keputusan untuk beruzlah, takpasti seketika atau selamanya. Aku tidak lagi menghadiri segala perjumpaan dalaman kerana aku ingin mengelak hati dari makin terluka. Namun, taklifan luaran ku yang berat dalam memikul wasilah tetap aku teruskan, bagi mengelak fitnah yang lebih besar. Dan aku lebih senang bersama mad'u dan seronok bersama dengan mereka.
Dikala hati itu berasa kekosongan, dengan nekad aku memecut untuk mencari kebenaran. Sesuatu yang dah lama aku cari kesahihannya. Sebelum ini, kebenaran itu ada mereka yang cuba sampaikan, aku masih sukar untuk menerimanya. Hari itu aku nekad.Awal Muharam tarikhnya. dan aku akui niat aku salah pada awalnya.
Hatiku bagai terisi. Aku rasa rindu, rindu untuk bertemu mereka lagi. Setiap kali aku terkenang, "ya Allah, adakah ini kebenaran??". aku masih takut untuk memilih kerana aku terikat dari seluruh genap jiwa.
Aku menangis sendirian dalam ruang kecil bilikku.tiada siapa tahu betapa berkecamuknya fikiranku.
mereka ajar aku benar-benar rasa rindu pada Rasulullah, mengenal Tuhan sedalamnya...

Monday, November 12, 2012
Nasib RI
Assalamualaikum...
Blog yang sudah lama tak diupdate. Kesibukan yang melanda buat aku tidak hirau kewujudan blog ini. Lebih mengejutkan follower aku bertambah walaupun blog ini sudah bersawang.
Tak kisahla, aku ingat nak sambung berblogging semula. Mulai hari ini. Mulai hijrah 1434 yang akan menjelang, hijrah yang akan membawa aku kepada perpindahan yang sebenarnya.
Hari ini, duka bertambah duka, sedih bertambah sedih, dan pilu makin pilu..Saat ini aku memang sedang mengalirkan air mata..
RI, rumah Intelligent namanya. Rumah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Kehidupan luar kampus, kehidupan bersendirian, kehidupan dipulaukan, kehidupan self- survival. walaupun baru hampir 5 bulan aku menginapnya..mungkin, mula-mula menginap banyak halnya.
Kerana rumah ini aku ikat perut untuk setiap perbelanjaannya, kerana rumah ini aku belajar mengatur kewangan, kerana rumah ini aku belajar memasak, dan kerana rumah ini aku belajar berkongsi dan berkasih sayang..
Semalam, kami dapat surat warning dari komuniti blok. ye, memang aku tak puas hati. itu fitnah! aku lebih suka kalau mereka datang bertanya sendiri, bukan hantar surat warning bawah pintu tanpa usul periksa!
tapi, aku tak sedih hal ini pun. cuma hal ini menambah rencah mehnah hidup mencabar di rumah ini.
kepada kak siti kak auni, moga keputusanmu itu digantikan Allah dengan yang lebih baik buat kami. maaf, aku dah habis fikir nasib kami lepas ini. kini, aku hanya mampu berserah.

Subscribe to:
Posts (Atom)