admirer

Monday, September 12, 2011

Selamat Kembali ke Alam Kuliah!

selamat kembali ke kuliah! moga cuti 4 bulan diisi dgn sebaiknya dn menjadi pemangkin utk kecemerlangan berganda di sem 2011/2012!




assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah 4 bulan diberi peluang untuk bercuti daripada kuliah, rata- rata rakan sekalian sibuk mengisi masa lapang dengan bekerja sementara, mengasah ,mempelajari kemahiran lain, menyambung lesen memandu, mahupun ada juga yg terlibat utk turun bermasyarakat.


dengan harapan, agar permulaan semester kali ini, ANDA lebih berkobar-kobar untuk meraih kecemerlangan berganda dari semester yang lepas sehingga berkobar ke akhir hujung semester ini.


Hasanah Hamzan
Majlis Perwakilan Pelajar UPM.

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri VS hari Kemerdekaan

Saya mengakui hari raya di usia awal 20 an ini makin lama makin membosankan. hehe, berkurangan duit raya barangkali. tetapi itu bukanlah main point yang ingin saya sampaikan. banyak faktor lain yang menjadikn Aidilfitri itu makin lama makin tiada roh bagi saya..


hmm..tp apa sebenarnya sambutan aidilfitri tu ya?


Alhamdulillah, saya dididik dr keluarga yang saya rasa tidaklah terlalu memewahkan sambutan hari raya dengan pelbagai juadah kuih raya terhidang, set sofa baru setiap tahun ataupun langsir baru, cat baru dan sebagainya.semuanya sekadar keperluan.


acara paling penting di hari raya bg saya ialah solat sunat hari raya aidilfitri dan ziarah menziarahi.ops!bermaafan tertinggal!


berbalik semula pada perginya roh aidilfitri itu, mungkin pertamanya saya sendiri makin sibuk dengan aktiviti program pelajar. cuti hari raya yang singkat. arus modenisasi kecanggihan teknologi dlm mghantar ucapan hari raya (lebih menumpu depan laptop mbalas ucapan raya), kepelikan fesyen terkini baju masyarakat kini yg menjadi gilaan..pling utama hilang kefahaman msykt apakah smbutan hari raya aidilfitri yg sebenar..bosan..


buat kali kedua (ketiga mungkin), apakah sebenar tujuan sambutan aidilfitri tu?


masuk kepada topik kemerdekaan pula,


paling menyeronokkn bila sambutan hari kemerdekaan tiada lagi pembaziran tenaga, kostum dgn tarian bagai, perarakan sana sini. sebab saya masih tak fhm apakah motif semua itu..(paling takde motif bila teringat hari kemerdekaan tahun lepas PM dan isterinya sibuk ttg fesyen utk hari kemerdekaan kalo tak silap)


bersyukur sgt, memang malaysia ini aman damai secara fizikalnya drp jajahan..tp realitinya sudah bebaskah malaysia ku ini daripada menjadi mangsa bg memenuhi segala kepentingan sesebuah pihak? bebaskah pemikiran rakyat malaysia ini dr bersikap prejudis terhadap bangsa lain? bebaskah agama dan bangsa lain utk terus sama-sama hidup aman damai dgn kini pelbagai fitnah,ancaman dan ugutan pelik-pelik?bebaskah malaysia dengan budayanya sendiri tanpa kemasukan budaya- budaya barat?


kesimpulannya, mungkin saya belum cukup bersyukur..

Tuesday, August 16, 2011

siapakah Uwais al-Qarni?


Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Hebatnya cinta seorang anak kepada ibunya. hinggakan yang didoanya keampunan dosa buat ibunya..berbalik pada diri kita, sejauh mana kita mengingati ibu kita, malah sekerap mana kita doakan kesejahteraannya..


Sunday, May 8, 2011

ibuku inspirasiku..

Kau mencintai kami seperti bunga mencintai titah tuhannya,
takpernah lelah menebar mekar aroma bahgia,
tak penah lelah meneduh gelisah nyala.
Kau mencintai kami spt mentari mencintai titah tuhannya,
takpenah lelah membagi cerah cahaya,
takpernah lelah menghangatkn jiwa..
 suka dan bangga untuk menyatakan betapa cintanya, sayangnya saya terhadap ibu saya yg selama ini banyak menjadi pendokong dalam apa jua yg saya lakukan selama hidup ini..
dan dengan bangga saya ingin mengumumkan bahawa wanita itulah yang menjadi inspirasi saya dalam medan perjuangan ini..
 malah disaat perjuangan saya dan sahabat dihina, dikeji sebagai penentang pentadbiran universiti, dia bangun dan tersenyum bangga "anakku seorang pejuang.." :') 
aku ingin menjadi sepertimu...
terima kasih ya Allah, Engkau beri aku peluang utk merasa kehadiran, kasih sayang ibu tak seperti anak-anak yg lain..
berbaliklah semula pada penciptaMu, kerana DIAlah yang menciptakan ibumu..kasih itu,kasih dariNya..cinta itu, cinta dariNya..Ar-Rahman..

selamat bercuti buat mahasiswa sekalian

Alhamdulillah, selesai sudah minggu peperiksaan..kini tibalah masa yang dinanti semua..CUTI AKHIR SEM..

ingin sekali saya memetik petikan daripada sahabat saya yang sering mengingatkan kami mengenai "takutlah anda pada waktu lapang"..dan waktu lapang adalah antara nikmat yg sering dilupai selain nikmat kesihatan.

maka, isilah masa lapang anda dengan perkara yang bermanfaat, belajarlah daripada kehidupanmu, agar kau lebih mengerti tentang kehidupan..dan suka utk saya tinggalkan persoalan buat anda semua, apakah pengertian kehidupan bagi anda, dan apakah tujuan kehidupan dunia ini sebagai muhasabah buat anda sekalian.. :)

Wednesday, April 27, 2011

♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’
Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia

izzatul islam: tekad

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho di hati
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi
Robbi....
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak menumbang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da’wah ini , jalan panjang
Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

All the best! : faculty of human ecology


Tuesday, April 26, 2011

saujana- bulan bintang

Rembulan cahaya menawan
Menerangi kegelapan malam
Berbintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Memayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Tuesday, January 18, 2011

umph!

1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .

2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerak kerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .

3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagiqiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi .

4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .

5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak .....Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang .

6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan ,

Saturday, January 15, 2011

how deep (ranking between 1 to 5,lowest to highest) your understanding about phenomena of politics in Malaysia?? knpe agaknye anda berpendapat begitu??

how deep (ranking between 1 to 5,lowest to highest) your understanding about phenomena of politics in Malaysia?? knpe agaknye anda berpendapat begitu??

Answer here

Saturday, January 8, 2011

friends,what do you think life is all about??apakah tujuan hidup kita ini..nk tau pendpt bole??

friends,what do you think life is all about??apakah tujuan hidup kita ini..nk tau pendpt bole??

Answer here