admirer

Friday, July 31, 2009

Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:
"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan",

bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan

Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa." – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan.
Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud:
"Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).

Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:
"Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.

Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah:
"Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.


INFO

· Syaaban adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala.

· Jiwa pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

· Antara perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang.

· Kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Masa sesuai muhasabah diri.

aku rindu lelaki dulu

Lelaki

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
kini,
bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
bila sebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorangg wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tassim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tidak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zururain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.



Novel Syabab Musafir Kasih
Karya Fatima Syarha Mohd Noordin

Saturday, July 25, 2009

Aku Menunggumu

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"


iluvislam.com

Thursday, July 23, 2009

A2.3.9 rumate!


ainee.wawa.jaja

cuti yg membosankan.rindunye kt kolej.rindunye kt clorox (kucing).dh beranak ke die..hmm..bdk2 PDT tu amacam agknye?msti rndu ktorg.haha.oh!tak sukenye cuti lps abes exam.rse dh tak reti nak bace buku!satu lg.knapela ade lptop kt dlm bilik..parah sggh!

Wednesday, July 22, 2009

lawatan ke hospital kerajaan

ptg td aku temankn nenek ke hospital.hmm,sejak akhir2 ni hospital jadi semakin rapat ngn aku.haha.peliknye.

haha.bunyi cm poyo je.sdgkn baru je 2 kali gi hospital setelah lme tak pegi hospital.sakit tak melarat,wat pe pegi kn?tp,kedatangan aku ke hospital bkn nya bertujuaan melawat org sakit,tp menemankn pesakit.huh?bunyi poyo je..

ini adalah lawatan aku ke hospital.

2mingu lps,aku temankan haida ke hospital sbb die pengsan mse kelas.haida2,jgn tdo lewat2,sarapan jgn tinggal.mle2,rse berat hati je nk temankn die,yela,xnk la tinggal kuliah,tp sbb xde spe nk teman lg dn aku rse bertggjwb sbgai penolong praktikum.."xpela,sye temankn dia ckgu"

tp,xmenyesal aku ikut.kes die ni trus ke wad kecemasan.hmm,mmg..lme menunggu.sementara haida msk dlm wad kecemasan tu,aku lah yg uruskn pendaftaran die sbgai pesakit.tggu,tggu dn tggu..aku pn bosan.ak pn mnta izin ckgu nk tgk2 pmplet yg ade kt itu.tetibe je ckgu dtg,ktenye nk teman haida ni gi xray."ok.."smbil tak sedar yg haida kt sebelah aku terbaring atas katil yg ditolak seorg nurse.aku terkejut!smpai mcm tu skli!aku pn lmbai2 kt haida.tetibe je,nurse tu ajak ikt skali.hohoho,aku ape lg..ikutla..smbil tolak katil tu..hoho.terase mcm doktor lak..

tggu lg..haida di xray.pstu tunggu lg.result xray tu.time ni,udin bg mesej tnye aku kt mne.bls jelah.ckgu suh aku msj bdk prak jage brg2 haida sbb mse die gi hospital die xbwk pape kecuali kad matrik..haida2,nseb baik aku tau nme penuh ko..

selesai xray,hehe,skali lagi tolak katil haida ke tmpt mule2 td..hehe,seronok giler weyh tolak bende tu!lps tu tggu lg.dn tggu..tggu.lg lme..

kemuncak dlm cter ni ble ade sebuah kereta mmbawa pesakit.time tu,attenden2 yg sedang berborak2 sume nye bergegas ke kereta tu menggeluarkn org kt dlm kereta tu.."aduhh,asal payah sgt??"tetibe je terdetik dihati aku ni nk tgk org pregnant yg keluar dr kereta tu.hehe..aku bercita-cita nk jd gynaecologist mmgla teringin nk tgk org pregnant yg keluar..Allah mengabulkn niat aku tu,dn seriously org pregnant yg keluar.bermulalah drama didpn wad kecemasan tu.si suami menangis2.niat,mmg nk tnye kt pkcik tu npe ngn isteri die.tp,takut dicop busybody plak.jd,niatku terbantut.

pengalaman ni mmg menyeronokkn."awk first time tgk mmgla seronok,tp bile satu hari nanti awk jadi doktor,bosan dah tengok situasi mcm ni.."

seterusnye,cerita pada hari ini.aku temankn nenek ke hospital.smbil nenek tggu giliran die hehe..aku lari..bkn lari ape..aku round2 hospital tu,tp ni bhgian klinik je..

sume bhgian aku masuk. dermatologi, pediastrik, psycologi, neorologi, obsterik, gynacologi, dewan bedah, perpustakaan, lif, tmpt cleaner smpailah tndas..haha..xigt nk spell sume tu..yg psti bgunan 3 tingkat tu seluruhnye aku msuk dgn xmalunye..

aku memunasabah diri,"layakkah aku berkerja di sini satu hari nanti?" "sempatkah aku mencapai impian aku ni?" "layakkah aku??" "sanggupkah aku?"



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" 2:216

Monday, July 20, 2009

menjadi aim ckgu KD

Tetibe terasa nk share satu cter kelaka dn memalukan ni.haha.aku xtaula.npela ckgu KD tu asyik nk aim aku je.smpai bdk2 prak aku pn tertnye2. “ko ngntuk ke??asal ckgu aim ko je?” “x!!aku xngantuk pn!cme mgkin aku xaktif arini..letihla..pose ari ni..”

Subjek KD kali ni ktorg blaja kemahiran berkomunikasi.topiknye komponen berkomunikasi.enkod/dekod.

Ckgu KD:ok Hasanah,kononnye kamu ni gadis Albania,Hafiz pulak org Malaysia study kt Albania. Hafiz ni jatuh hati kt kamu. satu hari dia lamar kamu. “Hasanah,sudikah awk menjadi isteri saya?”.awk sbgai gadis Albania nk geleng atau angguk??

Aku time tu muke berubah giler!sbb terkejut !bkn sbb aku ske kt Hafiz tu,tp ade kisah disebalik ayat “sudikah” yg berlaku antara aku ngn Hafiz sblum ni.haha.joking2 je tu.jd,dlm pale otak aku ter recall bende tu,perasaan mcm malu giler!!kwn aku dh pelik,asal la muke aku berubah sgt..ckgu sje je tnye tu..yg aku nk perasan sgt pehal..hahaha..sbb diorg xtau kisah sblumnye..

Tp,dlm kepale aku time tu,aku xteringat pn soklan ckgu kate yg aku ni gadis Albania.aku pndg sume org.sme org plak pndg aku mcm tgh tggu keputusan pinangan org je. aku pndg hafiz tu. muke die lg la xbole blah.haha.tp,seriously,aku mmg pikir aku ni gadis Malaysia je,dn dn kple otak aku tetibe je hadir seseorg yg…entahla..(aku masih mengharap??)jd,aku pn geleng segeleng -gelengnya mengharap yg aku ni menolak lamaran si Hafiz tu.

(aku geleng2)

Ckgu KD: Hasanah geleng mksudnye die bersetuju dgn lamaran hafiz.Kalau di Albania geleng mksudnye setuju,angguk mksudnya xsetuju.

Astaghfirullahalazimm!!arghh!!malu gile..sume org dh gelak..ape lg,muke aku brtmbh merah arr..beristighfar xhbis2..

Fatin:dh agak dah ckgu nk kenekn ko..haha..

Igtkn habis dah kene ngn ckgu tu..skali lg aku jd mgse.

Ckgu KD:kononnye Saiful ngn Hasanah suami isteri…..

Arghhh!!astaghfirullahalazimm..knape aku lagiiiii???!!byk2 bdk pompuan dlm prak aku ni,knape aku lg??!!ni sume salah khairul!!!(suke je capubkn nme aku time KD)


Aku bkn gadis Albaniaaaaaa!!!!

Saturday, July 18, 2009

yg di nanti2,,

cuti!!

ana!!cuti ni belajar! jgn mengonline je!!
huhu..cuti 2 minggu..lame dn seronok dn bosan dn baik dn bengang dan rindu dan dan dan...

shakirah!
ble boleh kte ketemu?rndu sgt2 kt ko!hepi belated burfday!!congrats!besday gift yg sgt hebat ko dpt dn sggh kontra dgn aku.semoga berbahagia.
.oh ye! ALL THE BEST IN UR EXAM!
(hehe,,rse nk tyg je gmbr ko bg tu,,haha..)