admirer

Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Syair rintihan hati

Rintihan hati-KISAS


click green button to play,pause maher zain first

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.


sayunya hatiku saat mendengar syair rintihan kalbu ini. hati terpaut saat saudara iqbal meng-post serangkap liriknya di status fb..bergenang air mata apabila menghayati nasihat-nasihat yg terkandung dalam syair ini.sedarkah diri kita bahawa matlamat hidup kita adalah sebagai 'abdi kepada Allahu Rabbi yang diberi peluang untuk hidup di bumi indah..

wahai sahabat,teruskanlah perjuangan,perjuangan menegakkan keadilan..usahlah gentar akan musuh dan janganlah berpatah hati dalam perjuangan kerana syurga menanti sebagai balasan Tuhan..
penuhi hati-hatimu dengan iman dan ilmu, sebagai bekalan dalam perjuangan..tetapkan diri dan hati,sebagai pejuang Islam..Allahuakhbar!

Saturday, June 5, 2010

sajak: doa orang berdosa

Doa Orang Berdosa
(ketika malam kelam)

Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar
hambaMu ingin berbicara
dengan suara paling halus
kerana malu mengakui dosa

Wahai Tuhan yang menyempitkan
kehidupan ahli fasik
hambaMu tak mampu
menahan seksa terhimpit
di lembah kehinaan ini

Wahai Tuhan Yang Maha Melihat
ketika malam gelap gelita
hambaMu memohon keampunan
atas dosa terlihat olehMu
ketika terangnya siang atau tiada cahaya

Wahai Tuhan yang tak pernah menzalimi semua ciptaan
hambaMu sujud insaf
setelah dihancurkan hidup
dengan balasan derita
natijah kealpaan dan keangkuhan

Wahai Tuhan yang menunjukkan
jalan lurus kepada orang yang terpilih
tunjukkan aku jalan itu
untukku jejaki langkah mereka

Wahai Tuhan yang memberi
kemudahan selepas kesulitan
bantulah aku mengenaliMu
agar hatiku terpaut
pada kasihMu



karya
Mohd Fahmi
Bangsar,KL

millenia muslim
jun 2010