admirer

Friday, October 23, 2009

ini tentang sahabat

setelah ditinggalkan oleh seseorang yg sering mendengarku, kini aku berpaling mencari seorang sahabat yang benar2 sahabat.yang sudi bersamaku disaat susah senang,yg menasihatiku jika aku buat salah,yang memberi sokongan bila aku jatuh,yang sudi mendengar luahanku,yang boleh berkongsi apa saja denganku, menerima kekurangan diri aku dn apa2 shja yg mampu memikul tugas sebagai sahabat sejati.

disaat aku masih mencari,aku menjadi seorang menilai manusia.dn dari situ buat aku terfikir.dn aku menilai diriku sendiri.sebenarnya,mereka sebenarnya sentiasa bersama aku.mereka inilah yang sering nasihatkan aku,mereka inilah yang sering berada disisiku disaat aku jatuh.dn mereka tetap bersamaku cuma aku yang tak sedari ataupn taknak sedarkan diri.

maafkan aku sahabat.sebenarnya akulah yg tak mampu memikul tggungjwb sebagai sahabat.cukuplah hanya Allah tempat aku mengadu.aku tahu ianya terlalu perit untuk berpisah dan aku takut untuk menjadi terlalu akrab.nobody is perfect.it's okay if u hate me. forgive me for my wrong doing..



.nuramiraafiqah.shakirahhanim.
could us, forever be friends?



.shafika.hafizah.rabiatuladawiyah.hafizahaidira.
in less than 6 month,we will separate too.could we stick together just like what we having now?




"cintailah orang yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai"

riwayat al bukhari, abu daud,al tarmizi dn ibn majah


Saturday, September 26, 2009

takut exam?

oh takut!takut!takutnya!!! exam sgt menghampiri! aku tak kuasai lg byk chapter! sempat ke nk study ni??
huhuhu...


bila ckp pasal exam, ramai yg cuak,tensen..cukup tak persediaan nk hadapi periksa
tp sedarkah kita sudah cukupkah persediaan kita menghadapi saat kematian yang tak tahu bila saatnya..cukupkah amal kita utk memasukkan kita ke dlm syurga?


aku teringat pesanan kak shida,waktu tu ujian selaras kimia.time tu,aku sibuk ngadu;"takutlah kak test ni." katanya dia tersedar selama ini kita takut akan exam namun adakah patut kita takut terhadap exam berbanding takut,gerun kita terhadap Allah?


terima kasih kak atas kesedaran itu.tmbhnya lagi,rezeki tu Allah yg bagi.sekuat,sekeras mana pn kita belajar,kalau bukan rezeki kita macam tu jelah resultnya.jadi,janganlah terlalu kecewa kalau result kita tak setimpal ngn usaha kita.selalulah mohon pertolongan Allah agar dimurahkan rezeki.

teringat rahsia kejayaan nik madihah, hablumminallah,hablumminannas~

"rahsia kejayaan bukannya dengan banyaknya membaca,kerapnya berbincang dan kuatnya ingatan..tetapi kejayaan sebenar datang apabila kita meletak 100% keyakinan kepada Allah kerna DIALAH pemilik ilmu itu."

Friday, September 25, 2009

daging beku manusia

sekarang ni aku berada di makmal perubatan uitm shah alam..fuhh!!ape aku wat kt sni cuti2 nih???tengtengteng..

tujuan aku dtg sni sbb nk blaja (kononnya blaja la) memandangkan peperiksaan final just around the corner.disebabkan kt umah aku lgsung tak boleh nk belajar ats beberape faktor2 godaan seperti teknologi yang serba canggih,rancangan televisyen yg tak henti2 tayang cerita seram kegemaran, buku2 yang malu2 utk disentuh,adek2,kakak2,abang2 yg bising dan hehe..kehebatan aku mengelat wat keje umah..jd aku ikut kaklang ke tmpt kejenya..

malangnya aku diterjah kesejukan melampau atas kehebatan air cond berkuasa tinggi plus aku bermain2 dalam bilik peti ais -20 drjah celcius tempat2 penyimpanan bende2 mengarut spt saliva, serum and what so ever dn aku dikelilingi bau2 darah hmmpphh!harum!

diatas kesejukan ini aku terase asyik nak makan dn memakai lab kot,face mask dn sarung tgn getah (mcm aku je research asst.) kononnya berfungsi memanaskan bdn.(??!!!!)

ok,eksperimen baru bermula..kne tggu result 5 jam kemudian.mksudnya jam 11 mlm baru balik..aku jadi daging beku di sini~help!

Thursday, September 24, 2009

kisah kasih sayang

Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada guru.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "ok.kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.dah petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas."

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar:"tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

cikgu:"ya, itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


. . . . . . . . . . . . .


kisah ini aku dpt dr seorang kwn yang penyayang.haha.siap ada muziknya lagi.namun begitu,aku sampai sekarang tak faham apa yang ingin disampaikan dr kisah ini.ermm..bukan tak faham tapi keliru.

mulanya dia kata,

apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.

pastu,petikan yang satu lagi ni buat aku konfius

jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlaku tidak berulang lagi.

pastu yang ni pulak..
dan ingatlah,orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.maupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."


keliru kn??