admirer

Sunday, May 3, 2009

alhamdulillah

setelah penat balik dr kursus pengurusan jenazah tu,aku tak sabar- sabar nk tgk keputusan upu.tp,tak dpt nk msuk web tu..jam.jd,rasanya nk tidur dulu memandangkan kepala ku sgt pening.

petangnya,akhirnya dpt msuk web tu.keputusannya keluar.tengtengtenggggg!!

NAMA : NUR HASANAH BINTI HAMZAN

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2009/2010.



prangggggg!!(bnyi apa tu??).hatiku berderai.haha.terkejut jugak.tak percaya pn ada!fikiran pn dh pikir mcm-mcm.teruk sgt ke result SPM aku ni??smpai u awam tak nak.ke atau mmg ditakdirkan family aku ni menuntut di u swasta je.ee..tak caya nye! check balik.keluar lagi result sama.istighfar banyak-banyak.kembali positif.hmm..rezeki aku bukan kat sini.tak apalah.lagipun selama ni pn aku mmg nk sgt masuk matrik.malah rancangan perjalanan hidup aku pn tercatat kehadiran matrik,bkn mana-mana universiti.

sebenarnya,jauh disudut hati mmg ada kegembiraan ttg keputusan ini.(haha).pertamanya, doaku dimakbulkan.kedua,aku tak payah nk kena buat keputusan.ketiganya,Allah telah memilih yg terbaik utk aku.

dan aku sgt gembira dan tak sabar-sabar pergi matrik.tak sabar-sabar nk menuntut ilmu.tak sabar-sabar nk cipta kejayaan.tak sabar-sabar ketemu dengan ukhwah baru.tak sabar-sabar,tak sabar-sabar..aaaa..tak sabarnya!!

buktinya:
  • saya dah shopping brg keperluan asrama!
  • saya dh isi borang!
  • saya dh beli stok makanan!
  • saya dh ambil tahu psl keadaan kt KMNS tu!
  • saya dh tahu nama librian kt KMNS!
  • saya dh tahu cara pembelajaran!
  • saya dh tahu keadaan asrama!
  • dan saya tahu kwn-kwn saya yg conferm masuk situ!


ALHAMDULILLAH!

dan tak sabar juga nk mempraktikkan rahsia kejayaan yang diamalkan oleh nik madihah 20A1 SPM 2008.rahsianya kan......

"hablumminallah habluminannas"


semoga berjaya!



*sesiapa yg masih tak dapat nk buat keputusan tu,jgn lupa mnta pertolongan Allah."Ya Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus.."

Friday, May 1, 2009

sehari memantapkan rohani

salam,

khamis malam hingga jumaat pagi
  • mengikuti qiamulail anjuran nisa' dn kelab remaja intan islam
  • bertempat di tadika ikhwan (tadika aku dulu).kelas othman (kelas aku!)
  • tidur tak berapa nk lena kerana demam walaupun suhu badan dah surut 37.8
  • jam 3pg tersedar, bunyi bising suara-suara remaja lelaki-merempit.
  • jam 3.30pg bgn gosok gigi dn berqiam
  • 5.00 pg,bunyi bas masuk.(bas kilang org pergi kerja)
  • subuh
  • maathurat
  • tazkirah berantai.hehe.kne bagi tazkirah gak.gigil-gigil.ckp psl niat.
  • makan dan bersurai
kesimpulan:rasa bersyukur dipilih Allah utk berqiam walaupun ada juga mereka yang bangun pada waktu itu tetapi tujuan yg lain.



balik.


mandi.



ke kursus pengurusan jenazah.

kebanyakkannya orang- orang tua.
ceramah oleh ustzh Sanah Arshad.


jumpa dgn saudari-saudari di qiam
dengar ceramah
praktikal-
  • penyediaan kain kapan,kapur barus.cendana,kapas.
  • cara mandikan mayat
  • kafan
  • solat

kak ijah jadi model mayatnya.

majlis penutup dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali

kesimpulan:memberi kesedaran ttg bgamana keadaan kita ketika kembali ke pdNya.dengan keadaan serba putih, tiada perhiasan,tiada semburan enchanter hnyalah bau-bauan kapur barus dan cendana yang harganya berapa sangatlah di pasaran.ajal maut ditgn Allah.kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita.sentiasalah ingat ttg kematian.


wslm

Wednesday, April 29, 2009

demam panas.

teet..teet..teet..(bunyi digital termometer)
39 darjah selsius!!
arghh
msuk arini,dah tiga hari aku demam panas..
tapi kelihatan tak sakit pun
siap bole online lg.
hehe..

tp memang perit gila kepala aku ni.berat sangat.
hari kedua demam suhu baru capai 37.8 darjah selsius.
panas gak.ummi aku srh tggu 40 drjh selsius baru gi hospital.gila!tak sanggup nk tunggu 40 drjh selsius tu..
skrg pn dh panas sgt..tak dpt aku bygkan betapa panasnya api neraka dan matahari sejengkal ketika di pdg mashyar nanti.
tengkuk pn dh sakit sbb tak dpt tidur dgn betul.tidur awal.jam 12 mlm terbangun.tidur atas lantai."huhu..esok korang jumpe aku terbaring kat bilik airlah ye.."kataku kpd kakak-kakakku.
nasib baik tak.hehe.diorg pulak perli aku "byk sgt dosa tu yng panas" tp mmg tidur tak lena.malaikat kejut aku suruh tahajud agknya.tp,tak larat sgt..sedih..
makan pn dh tak lalu.sehari makan sekali je kot.lagi-lagi ubat.

bersabarlah hasanah,ini semua ujian..


“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

Tuesday, April 28, 2009

hancur!!



tengok gambar ni..
bahasa melayu hancur..
bahasa inggeris pun hancur..

diri ini terasa pula, sudah terbiasa mencampur adukkan bahasa.dengan singkatan lagi.sadis!
kaklang selalu marah bila baca blog remaja-remaja sekarang."buatlah ayat betul-betul!ingat sms ke??"

(menyesal..skrg ni nk buat ayat pn rasa tak kena.rasa pelikkan?nasib baik dah tak payah buat karangan lg.yeke??)